Ulas Pemilihan UMNO.. Kit Siang Jangan Nanti Dilabel ‘Tak Sekolah’, ‘Nyanyuk’

KUALA LUMPUR, 1 Julai – UMNO membidas Lim Kit Siang yang memberikan ulasan ‘hambar’ mengatakan kononnya keputusan pemilihan UMNO kali ini mencerminkan kemenangan calon-calon ‘strategis Najib Razak’. Unit Komunikasi Strategik UMNO melihat Kit Siang yang antara politikus paling lama dan paling matang di Malaysia, nampaknya bukanlah seorang penganalisis politik yang bijak. “Kit Siang sebaliknya melontarkan hujahan longgarnya tanpa membuat kajian […]

» Baca lanjut

Pembentukan Semula UMNO, BN Baharu – Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, berkata akan berlaku beberapa rombakan utama bagi jawatan pegawai-pegawai di Majlis Tertinggi dan jawatan yang difikirkan sesuai untuk diwujudkan atau diberikan penyesuaian bagi perubahan selaras dengan perubahan kepimpinan baru yang berlaku setelah pemilihan UMNO yang berakhir yang telah diputuskan secara rasmi semalam. Menurut Zahid lagi, selain itu, beliau […]

» Baca lanjut

Pemilihan Bahagian Bakri Ditangguh Ekoran Lebihan Undi

JOHOR BAHRU, 1 Julai – Pemilihan UMNO Bahagian Bakri yang diadakan semalam diputuskan ditangguhkan selepas jumlah undi yang diterima melebihi jumlah perwakilan. Setiausaha UMNO bahagian Bakri, Othman Taib berkata penyelaras pemilihan mendapati jumlah kertas undi yang diterima lebih sebanyak 48 daripada 570 perwakilan yang layak mengundi, selepas proses pengiraan. “Selepas mendapati terdapat lebihan itu, kita (UMNO Bahagian Bakri) memaklumkannya kepada […]

» Baca lanjut

Mas Ermieyati Umum Keluar UMNO

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Anggota Parlimen Masjid Tanah, Melaka, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar UMNO dan akan menjadi Anggota Parlimen Bebas berkuatkuasa hari ini. “Mulai hari ini (1 Julai), saya mengumumkan keluar daripada parti UMNO bersama-sama dengan pengikut setia saya dengan seikhlas hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman. Sehubungan itu saya akan menjadi seorang anggota parlimen bebas […]

» Baca lanjut

Pemilihan UMNO: Najib Ucap Tahniah Kepada Ahmad Zahid, Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kejayaan dipilih menjadi Presiden UMNO yang baharu bagi penggal 2018-2021. Najib turut mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan selepas dipilih […]

» Baca lanjut

Tidak Ada Yang Kalah Dalam Pemilihan Ini – Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Presiden UMNO yang baru, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan kerana telah menunaikan tanggungjawab dengan tertib dan teratur dalam pemilihan UMNO di seluruh negara pada hari ini. Menurut beliau, tidak ada yang kalah dalam proses pemilihan UMNO pada kali ini. “YB Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Khairy Jamaluddin adalah […]

» Baca lanjut

Zahid Sah Terpilih Sebagai Presiden UMNO Yang Baru

KUALA LUMPUR, 1 Julai – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara rasmi terpilih sebagai Presiden UMNO yang baru sesi 2018-2021 setelah melepasi majoriti mudah apabils mendapat undi daripada 78 bahagian dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO hari ini. Manakala, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan telah terpilih sebagai Timbalan Presiden UMNO Malaysia apabila mendapat undi daripada 110 […]

» Baca lanjut

Hishammuddin Sedia Bantu Kepimpinan UMNO Pusat Baharu

KLUANG, 30 Jun – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersedia membantu Majlis Tertinggi baharu parti itu sekiranya diminta berbuat demikian. Hishammuddin yang tidak bertanding sebarang jawatan pada pemilihan parti kali ini berkata beliau bersedia membantu usaha memulihkan UMNO khususnya di peringkat bahagian dan Johor. “Jika kepimpinan baharu pusat perlukan bantuan saya, saya tidak teragak-agak dan bersedia…saya tidak […]

» Baca lanjut

Kepimpinan UMNO Kuala Nerus

KUALA NERUS, 30 Jun – Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Apli Yusoff (depan, tengah) bersama kepimpinan baharu meraikan kejayaan selepas memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus menewaskan penyandang jawatan itu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman pada pemilihan jawatan tertinggi UMNO bahagian itu pada Mesyuarat Perwakilan UMNO yang bermula pagi tadi. -fotoBERNAMA

» Baca lanjut

Proses Pengundian

KUALA NERUS, 30 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman (dua, kanan) yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus memperkatakan sesuatu dengan pencabarnya Apli Yusof (kanan) bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus ketika melakukan proses pengundian pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di sebuah hotel hari ini. Razif bertanding bagi mempertahankan jawatannya […]

» Baca lanjut
1 4,385 4,386 4,387 4,388 4,389 4,440