Menteri Pendidikan Disaran Kurangkan Kajian Tak Penting… Kasut… Stokin…

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegur Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang dilihat lebih banyak membuat kajian kurang penting berbanding dengan usaha untuk membantu rakyat. “Daripada mengkaji perkara tidak perlu, eloklah beliau membuat syor kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk menyambung semula program Rancangan Makanan Tambahan (RMT). “Kurangkan kajian tak penting, kasut, stokin dan […]

» Read more

‘ICERD… Kita Menolaknya?’ Bersama Pengamal Undang-undang ‘Live’ Malam Ini

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Pada malam ini, Diskusi U3.0 akan bersiaran dengan topik perbincangan ‘ICERD.. Kita Menolaknya?’. Diskusi yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini akan menampilkan pengamal undang-undang sebagai panelis seperti Lukman Sheriff dan Mohd Fasha Musthafa manakala Adnan Seman pula bertindak sebagai moderator. UMNO Online akan menyiarkan diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. […]

» Read more

Belanjawan 2019 Belanjawan Air Mata, Skim ‘Property Crowdfunding’ Umpama Skim ‘Pak Man Telo’

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Adakah Belanjawan 2019 adalah bajet air mata rakyat? Demikian persoalan yang dilontarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mencelah dalam perbahasan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini. “Apabila disebut bahawa bajet yang sudah banyak ‘copy paste, re-branding’, banyak terlupa, apakah bajet ini apa yang disebutkan di bawah […]

» Read more

ADUN Keluar Parti, UMNO Kedah Kecewa Namun Tidak Menghalang

ALOR SETAR 12 Nov. – UMNO Kedah berdukacita atas keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail yang bertindak keluar parti hari ini dan memilih sebagai wakil rakyat bebas yang menyokong Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah. Pengerusinya, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, walaupun kesal dengan tindakan mengejut yang memberi kesan kepada parti dan […]

» Read more

Pembangkang Tolak Belanjawan 2019, Banyak Kelompongan

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Pembangkang hari ini menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 atau Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini yang disifatkan mempunyai banyak kelompongan. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mewakili Ketua Pembangkang berkata banyak benda baik yang terkandung di dalam belanjawan tersebut adalah ‘copy paste’ daripada Barisan Nasional (BN). “Benda-benda baik semuanya “dicopy […]

» Read more

PTPTN, Dulu PH Yang Laungkan Tak Perlu Bayar… Sekarang Apa Jadi?

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus dibidas lantaran isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang terus menjadi polemik. Bekas Pengerusinya, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata sebenarnya, pada tahun 2013-2014 apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyebut berkali-kali untuk menghapuskan PTPTN maka telah berlaku penurunan pembayaran balik yang amat besar sekali sehingga menjejaskan pusingan balik. […]

» Read more

Ramah Mesra

Kuala Lumpur, 12 November–Ketua Pembangkang yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersama ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada sidang parlimen di Bangunan Parlimen pagi ini. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Sidang Media

Kuala Lumpur, 12 November–Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika mengadakan sidang media sejurus membahas Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen hari ini. – Foto : MediaUMNO

» Read more
1 4,384 4,385 4,386 4,387 4,388 4,638