Pembangkang Tolak Belanjawan 2019, Banyak Kelompongan

KUALA LUMPUR, 12 Nov – Pembangkang hari ini menolak Rang Undang-Undang Perbekalan 2019 atau Belanjawan 2019 yang dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru-baru ini yang disifatkan mempunyai banyak kelompongan.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin yang mewakili Ketua Pembangkang berkata banyak benda baik yang terkandung di dalam belanjawan tersebut adalah ‘copy paste’ daripada Barisan Nasional (BN).

“Benda-benda baik semuanya “dicopy paste’ daripada BN dan saya cakap kalau nak ‘copy paste’… ‘copy paste’ semua tetapi ada banyak benda yang dilupakan atau tidak dimasukkan di dalam Belanjawan 2019.

“Antaranya untuk luar bandar, nelayan, petani, bantuan musim tengkujuh, bantuan untuk pelajar-pelajar sekolah, bantuan rancangan makanan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diubah dasar,” katanya di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Terdahulu sebelum itu beliau yang memegang Portfolio Kewangan dalam Kabinet Bayangan BN telah membahaskan Bajet 2019 mewakili Ketua Pembangkang.

Khairy seterusnya menambah belanjawan kali ini bukanlah belanjawan prorakyat yang mesra kepada rakyat kerana belanjawan ia dilihat lebih menekankan kepada penswataan dan pembangunan kawasan bandar sedangkan luar bandar dilupakan.

“Saya nampak selain daripada satu dua tidak banyak pencelahan daripada Ahli Parlimen kerajaan. Saya difahamkan Ahli Parlimen kerajaan pun sangat tidak puas hati bahawa banyak bantuan-bantuan untuk rakyat telah dipotong atau pun dikurangkan di dalam belanjawan kali ini,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.