UMNO Hormati Keputusan MCA Tapi Tiada Hak Cadang BN Dibubar

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO menghormati keputusan MCA namun parti itu tidak mempunyai hak untuk mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) dibubarkan. Katanya yang juga Pengerusi BN, walaupun ianya cuma satu cadangan tetapi MCA perlu tahu bahawa semua keputusan dibuat secara konsensus atau sebulat suara dalam BN. “MCA tidak mempunyai […]

» Read more

Tak Lama Lagi Maszlee Masuk Buku Sejarah – Najib

KUALA LUMPUR 3 Dis.- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib meramalkan Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik akan dimasukkan dalam buku sejarah. Najib dalam satu hantaran di Facebook berkata, ada masa dan tempat untuk berpolitik dan sekolah bukan salah satu daripadanya. Menurut beliau pelajar sekolah tidak patut diperalat dan dianiaya masa depan mereka. “Saya rasa tak lama lagi Maszlee sendiri akan […]

» Read more

Laporan Polis TH Dakwa Berkaitan Politik Berniat Jahat, Sengaja Mahu Mengaibkan – Azeez

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menegaskan bahawa laporan polis yang dibuat oleh pihak Pengurusan Tagung Haji (TH) ke atas dirinya selaku bekas Pengerusi TH adalah berniat jahat. Katanya, ada pihak yang begitu terdesak untuk mengaibkan beliau dengan mempengaruhi pengurusan baru TH membuat laporan polis terhadap dua perkara yang pernah dijawab […]

» Read more

Dakwaan Kerajaan Dahulu Manjakan Penjawat Awam Hanya Alasan Tutup Kegagalan Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penjawat awam dimanjakan kerajaan terdahulu dan kenaikkan gaji punca kos sara hidup meningkat adalah ibarat satu naratif dan alasan baharu oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akibat kegagalan mereka untuk mengawal harga barang. Demikian bidas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ekoran baru-baru ini, Tun Dr […]

» Read more

Kepimpinan Kerajaan Baru PH Terus Pinggirkan Masyarakat Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, sekiranya pemimpin Pakatan Harapan (PH) terus bersikap syok sendiri dan berasa seolah-olah kemenangan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) membawa erti yang mereka menguasainya sepenuhnya maka ia adalah satu kesilapan besar. Jelas beliau, pemimpin PH harus melihat bagaimana rakyat tetap menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang […]

» Read more

UMNO Pasti Sertai Himpunan Aman 8 Dis… Bukan Demonstrasi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO pasti menyertai himpunan menolak ratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD), pada 8 Disember ini. “Kita telah sebutkan, Pas dan pemimpin-pemimpin NGO juga telah sebutkan bahawa ianya adalah untuk meraikan kejayaan penolakan ratifikasi oleh kerajaan. Jadi tidak salah kalau kita raikan kejayaan […]

» Read more

32 Ahli Dewan Negara Tetap Bersama BN, Sepakat Bawa Isu Pro-Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ahli-ahli Dewan Negara Barisan Nasional (BN) sepakat untuk terus bersama dan membawa isu-isu pro-rakyat dalam persidangan Dewan Negara yang akan bermula esok di Parlimen. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa BN mempunyai 32 ahli Dewan Negara untuk menterjemahkan pelaksanaan acuan yang telah dibahaskan di Dewan Rakyat. “Daripada 67 Ahli Dewan Negara, […]

» Read more

MCA Keluar BN… Pengerusi Sahkan Tidak Ada Keputusan Rasmi Dimaklumkan

  KUALA LUMPUR, 2 Dis – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa tidak ada sebarang keputusan rasmi yang disampaikan oleh MCA untuk keluar dari kompenan terbabit kepada Ibu Pejabat BN sehingga kini. “Tidak ada sebarang keputusan yang telah disampaikan secara rasmi kepada kami mengenai hasrat mereka bagi keluar dari BN,” katanya. Maklum beliau, sehingga […]

» Read more
1 4,361 4,362 4,363 4,364 4,365 4,642