UMNO Diseru ‘Buka Gelanggang’ Pemilihan, Tawar Semua Jawatan

KUALA LUMPUR, 12 Jan – UMNO diharapkan akan mempertandingkan semua jawatan dalam parti itu sewaktu pemilihan yang perlu diadakan selewat-lewatnya Mei ini. Ketika sesi perbahasan sewaktu Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO hari ini, beberapa perwakilan mahu ‘gelanggang’ pemilihan dibuka dan berpendapat pertandingan itu merupakan amalan demokrasi yang perlu diteruskan. Jurucakap Pemuda UMNO Melaka Fairul Nizam Roslan ketika melontarkan […]

» Read more

Raikan Perbezaan Pendapat, ‘Reset’ UMNO Bersama-sama – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyantuni perbezaan pendapat dalam kalangan ahli parti yang berminat untuk melakukan agenda reset UMNO. Jelasnya, reset UMNO boleh dilakukan bersama-sama namun tidak seharusnya melayani perbezaan yang akhirnya memecah-belahkan parti itu. “Kita menyantuni perbezaan pendapat terutama di kalangan mereka yang berminat untuk bersama-sama dengan kepimpinan […]

» Read more

UMNO Terbuka… Tidak Pernah Halang Sesiapa Tandingi Jawatan Tertinggi Parti – Isham Jalil

KUALA LUMPUR, 12 Jan – UMNO tidak pernah menghalang sesiapa untuk bertanding jawatan tertinggi parti meskipun terdapat 140 bahagian mengusulkan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil berkata, inisiatif dan usul yang dibawakan oleh Ketua-Ketua Bahagian ini adalah untuk melindungi parti ketika situasi politik negara masih berada dalam keadaan kritikal. “Saya mendapat makluman […]

» Read more

PAU2022: Ucapan Dasar Ketua Puteri UMNO Malaysia

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUM W.B.T YBhg. Saudari – Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YBhg. Saudari – Timbalan Pengerusi Tetap Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Wakil-wakil Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia i) YB Datuk Suraya binti Yaacob ii) YBhg.Dato Azian bin Osman iii) YB Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Alias YBhg Saudari Nurul Amal binti Mohd Fauzi – Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO […]

» Read more

PAU 2022 Solusi UMNO Depani Masa Hadapan – SUA

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 kali ini tentunya akan menyentuh kepada persiapan UMNO dalam mendepani masa hadapan parti. Katanya ini penting selepas UMNO melalui pelbagai situasi luar biasa terutama Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Fokusnya bagaimana kita ingin melangkah ke hadapan, apa yang kita boleh pelajari daripada […]

» Read more

Presiden UMNO Tegaskan Usah Layani Kehendak Gunting Dalam Lipatan

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Agenda memperkukuh semula UMNO perlu diutamakan setelah ‘terpukul’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berbanding melayani kehendak individu yang bersifat ‘gunting dalam lipatan,’ kata Presiden parti itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan paling buruk dalam sejarah politiknya apabila hanya memenangi 30 daripada 178 kerusi yang ditandingi pada […]

» Read more

PAU 2022 Gambaran ‘Way Forward’ UMNO Pasca PRU ke-15 – Mohd Sharkar

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada kali ini sepatutnya berlangsung sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, maka usul-usul dari bahagian agak kurang relevan kecuali berlakunya pindaan perlembagaan, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Jelasnya, isu dan gambar yang akan dibawa oleh negeri-negeri adalah gambaran way forward selepas UMNO/Barisan Nasional […]

» Read more

Pemilihan UMNO Dibangkitkan Pihak Luar Untuk Keruhkan Suasana – Isham Jalil

KUALA LUMPUR, 5 Jan – Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil menegaskan tidak timbul soal pindaan perlembagaan bagi membolehkan jawatan tertinggi di dalam parti tidak dipertandingkan pada pemilihan UMNO kali ini dan beliau melihat ia hanyalah dibangkitkan oleh mereka yang mahu mengeruhkan suasana di dalan parti tersebut. Jelas beliau perkara itu yang berlegar hari ini berkemungkinan dibawa oleh mereka yang bukan […]

» Read more

UMNO Perlu Buang Stigma Parti Rasuah Untuk Bangkit Semula – Isham

KUALA LUMPUR, 5 Jan – UMNO perlu berusaha membetulkan stigma masyarakat terhadap parti itu yang sering didakwa mengamalkan rasuah sekiranya mahu bangkit semula selepas berdepan prestasi buruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Ketua Penerangan UMNO Isham Jalil berkata sepanjang 60 tahun menjadi parti dominan, UMNO sering menjadi sasaran diserang dengan isu rasuah sehingga ideologi itu berjaya ditanam dalam fikiran […]

» Read more

Pemilihan UMNO: Ahmad Zahid Bersikap Terbuka, Sedia Dicabar

PUTRAJAYA, 5 Jan – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau terbuka untuk dicabar oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk memegang jawatan nombor satu parti itu pada pemilihan parti akan datang. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia bagi memberi peluang kepada kira-kira 160,000 perwakilan untuk memilih pucuk pimpinan […]

» Read more
1 39 40 41 42 43 60