UMNO Tidak Tamak Dan Kejar Kuasa – Pemuda UMNO Perak

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Pemuda UMNO Perak penuh yakin dan percaya keputusan yang dibuat menerusi Biro Politik parti itu semalam adalah bersandarkan kepada perjanjian sebelum ini bahawa kerajaan hari ini disokong oleh ahli-ahli Parlimen termasuklah daripada parti UMNO itu sendiri. Ketuanya Ariff Majid berkata lantaran itu kerajaan hari ini bukanlah kerajaan Perikatan Nasional (PN) sepenuhnya dan amat wajar keputusan […]

» Read more

PRK DUN Slim: UMNO Perak Jangka Pertandingan Satu Lawan Satu

SUNGKAI, 6 Ogos – UMNO Perak tidak menolak kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dan Bersatu Blackout iaitu kumpulan penyokong Tun Mahathir Mohamad. Pengarah Operasi PRK itu Mohd Zaidi Aziz berkata, perkara itu berdasarkan situasi politik semasa dan PKR, Amanah dan DAP yang dikatakan tidak […]

» Read more

UMNO Perak Tidak Ambil Mudah PRK DUN Slim

IPOH, 28 Julai – UMNO Perak tidak akan memandang mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim bulan depan walaupun PKR telah menyatakan tidak akan meletakkan calonnya untuk bertanding. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad berkata seluruh jentera dan akar umbi parti akan bekerja keras bagi memastikan DUN Slim kekal milik Barisan Nasional (BN). “Arahan kita […]

» Read more

Pemuda UMNO Perak Buat Laporan Polis Terhadap Portal Berita

IPOH, 12 Mac – Pemuda UMNO Perak membuat laporan polis terhadap sebuah portal berita kerana didakwa menyiarkan laporan berbentuk fitnah terhadap kepimpinan UMNO negeri, semalam. Pengerusi Sekretariat Undang-undang Pemuda UMNO negeri, Faridzul Azlan Abdul Sani berkata laporan berita itu mendakwa UMNO negeri, menjadi dalang gerakan membeli Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan bekas exco dalam isu pelantikan menteri besar baharu. […]

» Read more

Perak Today Memfitnah, UMNO Perak Akan Ambil Tindakan Undang-undang

IPOH, 11 Mac – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Azian Osman menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Perak Today di media sosial kepada parti serta pemimpinnya. Ujarnya, Perak Today telah menuduh UMNO Perak menjalankan gerakan membeli Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu untuk menyokong Pengerusi Badan Perhubungan Datuk Saarani Mohamad, yang juga ADUN Kota Tampan menjadi Menteri Besar Perak adalah […]

» Read more

UMNO Perak Ragui MB Dapat Sokongan, Kembalikan Mandat Kepada Rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Feb – Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Saarani Mohamad meragui kenyataan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mendakwa dirinya masih kekal Menteri Besar (MB) Perak dan mendapat sokongan majoriti ADUN negeri terbabit. Katanya, keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengisytiharkan keluar dari Pakatan Harapan (PH) dan peletakan jawatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad […]

» Read more

Hak Milik Tanah 999 Tahun: UMNO Perak Cabar Dap Minta Kerajaan PH Pinda Perlembagaan

IPOH, 12 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad mencabar Naib Pengerusi Dap Perak Aziz Bari supaya meminta Kerajaan Persekutuan meminda perlembagaan atau mencabar keputusan Majlis Tanah Negara (MTN) sebelum membolehkan pemberian hak milik 999 tahun kepada kampung-kampung baru. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak itu juga berkata, sebarang forum tidak akan menyelesaikan isu berkenaan kerana […]

» Read more

Penggalian Potensi Untuk UMNO Perak Cukup Besar – Zahid

IPOH, 12 Okt – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO Perak harus melaksanakan penggalian potensi dengan segera. Jelasnya, kepimpinan UMNO melihat potensi yang begitu besar untuk Perak khususnya UMNO, Barisan Nasional (BN), PAS dan rakan-rakan politik lain kini di negeri itu berdasarkan pengalaman UMNO Perak pernah terdampar selama sebelas bulan. “Ketika kita menjadi pembangkang pada Pilihan […]

» Read more

Semangat dan Iltizam UMNO Perak

IPOH 12 Oktober — Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan UMNO Pusat dan Bahagian -bahagian Negeri Perak melaungkan ‘Hidup UMNO’ ketika hadir merasmikan Konvensyen UMNO Negeri Perak di Bangunan UMNO Negeri di sini hari ini. Turut bersama Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Saarani Mohamad. Foto – MediaUMNO

» Read more
1 2 3 4 5 6 190