Perak Today Memfitnah, UMNO Perak Akan Ambil Tindakan Undang-undang

IPOH, 11 Mac – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak Datuk Azian Osman menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Perak Today di media sosial kepada parti serta pemimpinnya.

Ujarnya, Perak Today telah menuduh UMNO Perak menjalankan gerakan membeli Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu untuk menyokong Pengerusi Badan Perhubungan Datuk Saarani Mohamad, yang juga ADUN Kota Tampan menjadi Menteri Besar Perak adalah tidak benar.

“Saya Datuk Azian juga dituduh menjadi ketua gerakan ini juga tidak benar.

“Ini adalah fitnah dengan niat yang amat jahat,” tegas Azian yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Justeru itu katanya, beliau bagi pihak UMNO Perak dan dirinya akan berbincang dengan barisan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.