PRK Cameron Highlands: MCA Yakin Masyarakat Cina Kembali Menyokong BN

TANAH RATA, 23 Jan – Ketua Wanita MCA Malaysia, Datuk Heng Seai Kie melahirkan keyakinan yang tinggi bahawa pengundi Cina di Cameron Highlands akan kembali memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN). Jelas beliau ini kerana, mereka berasa kecewa dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Pakatan Harapan (PH) selepas sembilan bulan mentadbir negara ini. “Kami MCA telah diamanahkan untuk memulihkan sokongan pengundi […]

» Read more

MCA Bantu Calon BN Di Cameron Highlands

Tanah Rata, 23 Januari — Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie turut membantu calon Barisan Nasional, Ramli Mohd Nor dengan mengedarkan risalah profail calon kepada pengundi berbangsa Tionghua ketika melakukan tinjauan mesra dalam kempen Pilihan Raya Kecil P.078 Cameron Highlands di Taman Tringkap Puncak, Pekan Tringkap, di sini tengahari ini. – Foto : MediaUMNO

» Read more

Johan Beri Laluan, Tidak Calonkan Nama Untuk PRK DUN Semenyih

SHAH ALAM 22 Jan – Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hari ini sedia memberi laluan kepada rakan-rakan dalam institusi kepimpinan UMNO untuk diletakkan dan dipilih sebagai calon yang akan mewakili parti pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih nanti. Beliau yang juga mantan ADUN Semenyih berkata, beberapa mesyuarat telah diadakan dan nama-nama yang […]

» Read more

Ketua Hakim, Peguam Negara Elok Letak Jawatan – Rosnah

KUALA LUMPUR 21 Jan. – Maruah institusi kehakiman di negara ini dipercayai mampu diselamatkan dengan peletakan jawatan Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara. Saranan itu disuarakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang melihat, doktrin pengasingan kuasa seolah-olah tidak wujud di negara ini sehingga mencalarkan institusi kehakiman dengan begitu teruk sekali. Katanya, Kod Etika Hakim 2009 […]

» Read more

Guan Eng Terdesak, Manipulasi Hutang Pahang Jadi Bahan Kempen PRK C.Highlands

JELAI, 20 Jan – Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin membidas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang memanipulasi isu hutang kerajaan negeri kepada kerajaan Persekutuan sebagai bahan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands. Menurutnya, perkara tersebut telah pun dijelaskan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di mana sebahagian besarnya adalah untuk kepentingan […]

» Read more

Tolak PH, Orang Muda Tidak Mahu Terus Ditipu…

JELAI, 19 Jan – Selepas seminggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, semakin jelas penolakan rakyat terutama golongan muda terhadap Pakatan Harapan (PH), tegas Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Zahida Zarik Khan. Menurutnya, ini berdasarkan kepada hasil turun padang Puteri UMNO ke beberapa tempat di kawasan parlimen di mana golongan muda yang ditemuinya rata-rata meluahkan perasaan kecewa kerana tertipu […]

» Read more

Program Ziarah Kasih PDM Koyan 1

JELAI 15 JAN — Pengerusi Wanita Barisan Nasional (BN) Datuk Dr. Noraini Ahmad menziarahi Asrani Andrus, 67 tahun yang terlantar kerana menghidapi penyakit kencing manis pada Program Ziarah Kasih di PDM Koyan 1 sempena  Pilihanraya Kecil P.078 Cameron Highlands  pagi tadi.- Foto : MediaUMNO

» Read more

Kalaupun PH Tertekan Dengan Isu, Janganlah Sampai Lempar Fitnah – Zahida

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Kalaupun Pakatan Harapan (PH) tertekan dengan macam-macam isu yang makan diri mereka, tak perlulah sampai lempar fitnah kepada jentera-jentera Barisan Nasional (BN), tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan. Beliau berkata demikian berikutan penyebaran gambarnya dan jentera Puteri UMNO bersama Kaum Semai ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands disebar dalam Facebook […]

» Read more

Rasuah, Salah Guna Kuasa, Kronisme… Tak Apa, Asal PH Semua Boleh Tapi BN Semua Salah…

KUALA LUMPUR, 14 Jan – “Barisan Nasional (BN) sahaja yang tidak boleh bagi duit, namun sebaliknya jika ia melibatkan Pakatan Harapan (PH), kerana PH merupakan sebuah parti yang ‘suci murni’,” demikian sindir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Adnan Seman berhubung gambar seorang wanita berbaju merah dengan logo PH mengagihkan wang kepada beberapa pemuda yang tular di media sosial. […]

» Read more
1 352 353 354 355 356 360