Terus Berjuang

JOHOR BAHRU 28 Jun — Naib Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan sesi memperkenalkan calon ahli Majlis Tertinggi dalam Pemilihan UMNO 2018 anjuran Badan Perhubungan UMNO negeri Johor di sini hari ini.

» Read more

Guan Eng Menteri Angkuh, Tidak Menghormati Perlembagaan Persekutuan – Khaled

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terkilan dengan tindakan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang mengeluarkan kenyataan rasmi kementerian di dalam Bahasa Mandarin dan bukannya dalam bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa Melayu. Menurutnya, tindakan tersebut sangat biadap, menghina dan merendah-rendahkan kedudukan bahasa Melayu yang menjadi perkara asas bukan […]

» Read more

Hishammuddin Ulangi Sebab Tidak Mahu Bertanding

KLUANG, 23 Jun – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan bahawa keputusan beliau untuk tidak bertanding adalah bagi memberi peluang kepada pemimpin lain untuk berkhidmat selain dalam masa yang sama beliau akan membantu memulihkan parti bermula dari Bahagian Sembrong. Menurutnya apa yang penting baginya adalah perjuangan di dalam parti dan bukannya jawatan. “Di atas rasa […]

» Read more

Permainan Politik Kerajaan PH Dibidas, Isu Kedaulatan Perlu Dipertahankan

KUALA LUMPUR, 20 Jun – UMNO tidak dapat menerima logik di sebalik ‘permainan’ Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan (PH) dalam kes Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca kerana tuntutan ke atasnya dibuat sejak zaman beliau menjadi perdana menteri keempat lagi, kata Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO. Ujarnya, UMNO menyambut baik kenyataan Dr Mahathir mengenai perlunya […]

» Read more

Serah Nota Bantahan

ISKANDAR PUTERI 7 Jun – Ketua Pembangkang Johor, Datuk Hasni Mohammad mewakili UMNO dan Barisan Nasional Johor menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri berkaitan penarikan balik semakan kehakiman ke atas Pulau Batu Puteh oleh kerajaan pusat di sini hari ini. Turut turut turut hadir, bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat dan bekas Pengerusi […]

» Read more

Istiadat Pemakaman

JOHOR BAHRU, 6 Jun — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengiringi jenazah Almarhumah Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah yang ditarik menggunakan pedati khas oleh 40 Askar Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar sejauh 2.8 kilometer ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah […]

» Read more

Tun Hussein Onn

TUN HUSSEIN ONN (14 Jan 1976 – 28 Jun 1981) LATARBELAKANG Tun Hussein Onn dilahirkan pada 12hb Februari, 1922 di Johor Bahru. Beliau adalah anak sulung Datuk Onn bin Ja’afar dan Datin Halimah binti Hussein yang mempunyai lapan orang anak. Beliau mendapat didikan awal di Singapura dan pelajaran menengahnya di English College, Johor Bahru. Selepas tamat sekolah pada tahun 1940, […]

» Read more

Dato’ Onn Jaafar

Datuk Onn Bin Datuk Jaafar (11 May 1946 – 26 Ogos 1951) “Sekiranya UMNO ini sebenarnya bertujuan dan berkehendak mendirikan negara merdeka di dalam Malaya ini, maka saya berharap juga pihak UMNO ini akan memandang kepada pandangan yang luas, pandangan yang dikatakan nasional atau kebangsaan itu dan jangan semata-mata mengahdapkan pandangannya itu kepada pandangan yang sempit semata-mata, iaitu hidup hanyalah […]

» Read more

Penghapusan Tol, Siapa Untung, Siapa rugi? “Akibat Terlanjur Menabur Janji”

KUALA LUMPUR, 20 Mei – Berikut adalah penerangan dari bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Lokman Adam berkaitan janji-janji dari Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) khususnya berkaitan penghapusan tol: Salah satu janji dalam Manifesto Pakatan Harapan yang menyumbang kepada kemenangan Pakatan terutamanya dikawasan bandar adalah janji untuk menghapuskan Tol 100%. Namun, persoalan yang ingin saya bangkitkan […]

» Read more
1 351 352 353 354