Hishammuddin Ulangi Sebab Tidak Mahu Bertanding

KLUANG, 23 Jun – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan bahawa keputusan beliau untuk tidak bertanding adalah bagi memberi peluang kepada pemimpin lain untuk berkhidmat selain dalam masa yang sama beliau akan membantu memulihkan parti bermula dari Bahagian Sembrong.

Menurutnya apa yang penting baginya adalah perjuangan di dalam parti dan bukannya jawatan.

“Di atas rasa tanggungjawab dan akauntabiliti, kita beri laluan buat masa ini untuk mereka menunjukkan bagaimana mereka pula memimpin parti kita, tetapi ini tidak bermakna saya lepaskan tanggungjawab saya terus.

“Kita akan tengokkan Sembrong…tengokkan Johor dan dengan kepimpinan baharu di peringkat kebangsaan,” katanya.” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Sembrong, di sini, hari ini.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.