Istiadat Pemakaman

JOHOR BAHRU, 6 Jun — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengiringi jenazah Almarhumah Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah yang ditarik menggunakan pedati khas oleh 40 Askar Timbalan Setia Negeri Johor dari Istana Besar sejauh 2.8 kilometer ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah bagi Istiadat Pemakaman hari ini.–fotoBERNAMA