Peguam Negara Perlu Jawab Dakwaan Lantik Firma Guaman Sendiri Urus Kes The Equaminity

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamad Aris meminta peguam negara, Tommy Thomas memberikan jawapan berhubung dakwaan beliau melantik firma guamannya sendiri untuk  menguruskan kes kapal mewah The Equanimity yang dikaitkan dengan skandal 1MDB. Menurut Dr Najmil, perkara tersebut yang didedahkan oleh laman web sabahkini2.com mendakwa peguam yang terlibat dalam kes tersebut, Sitpah Selvaratnam […]

» Read more

Najib Mohon Keluarkan Empat Hakim Utama Daripada Panel Dengar Saman Misfeasans

PUTRAJAYA, 6 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu empat hakim utama dikeluarkan daripada bersidang dalam panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan semakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi saman misfeasans dikemukakan beliau (Dr Mahathir) berhubung salah guna kuasa sebagai penjawat awam. Peguam mewakili Najib, Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun memberitahu mahkamah pelantikan Ketua Hakim […]

» Read more

Kaji Dan Terus Mengkaji….Itulah Kerajaan Pakatan Harapan Hari Ini

SHAH ALAM, 3 Ogos – Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata kerajaan hari ini dilihat sebuah kerajaan akan kaji dan sentiasa mengkaji termasuklah alasan popular mereka yang sering menyalahkan kerajaan terdahulu. Mengambil contoh jawapan menteri di parlimen, Khairy berkata pelbagai soalan yang dibangkitkan mengenai segala janji yang dilontarkan sebelum Pilihan Raya Umum yang lalu, jawapan menteri akhirnya berkisar ke arah […]

» Read more

Hapus Hutang Peneroka: Kerajaan PH Digesa Laksana Janji Manifesto

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa memberikan penjelasan lanjut mengenai janji untuk menghapuskan hutang peneroka sebagaimana termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Gesaan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kecewa de¬ngan sikap kerajaan kerana masih membisu mengenai janji tersebut. Hal ini kerana, Naib Presiden UMNO itu percaya bahawa […]

» Read more

Kerajaan Hari Ini Berfikir Bermula Dari Kaki, Bukan Dari Kepala – Mat Nadzari

SHAH ALAM, 2 Ogos – Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan menyifatkan menteri kerajaan hari ini berfikir bermula dengan kaki dan bukan bermula di kepala dalam mengatasi pelbagai isu, sebagai contoh dalam isu pendidikan hari ini. Menurut beliau, dalam bidang pendidikan hari ini misalnya, ada pelbagai isu besar yang sepatutnya ditangani oleh menteri yang diamanahkan […]

» Read more

Jangan Jadikan Rakyat Mangsa Hanya Kerana Perubahan Kerajaan – MP Beaufort

  KUALA LUMPUR, 30 Julai – Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun berharap agar rakyat tidak dijadikan mangsa hanya kerana perubahan kerajaan di peringkat pusat dan negeri. Jelas beliau, ini adalah kerana rakyat khususnya di luar bandar berasa kecewa apabila projek dan program yang diperlukan oleh rakyat dibatalkan walaupun telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini. “Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan […]

» Read more

Kerajaan PH Perlu Jelaskan Janji 20 Peratus Royalti Minyak

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan memohon kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberikan penjelasan berkaitan janji 20 peratus royalti minyak yang merupakan janji utama mereka untuk menawan hati rakyat negeri pengeluar minyak terutamanya di Sabah dan Sarawak. Katanya, PH mencanangkan angka 20 peratus ini sejak pilihan raya 2004 lagi dan sebab itu rakyat Sabah […]

» Read more

Kerajaan PH : Isu Intergriti, Speaker, Zeti Dan ‘Rule Of Law’

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) lantaran kekecohan dalam persidangan Dewan Rakyat semalam yang menjadi bukti tiadanya integriti dalam kepimpinan mereka apabila perlantikan Speaker tidak mengikut peraturan. Katanya, hal tersebut bukan soal orangnya yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat tetapi peraturannya. “Sepatutnya notis 14 hari dihantar […]

» Read more

‘Penjimatan’ Yang Meragukan, Tunjuk Bukti Dan Tak Perlu Acah Jadi Wira – Pemuda

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Pemuda UMNO Malaysia mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar mendedahkan kepada umum hasil kajian terperinci berhubung ‘penjimatan’ yang telah mereka lakukan terhadap beberapa projek mega kerajaan terdahulu. Naib Ketuanya Shahril Sufian Hamdan berkata perkara terakhir dalam 10 janji 100 hari pentadbiran kerajaan PH adalah untuk melaksanakan kajian terperinci mengenai projek-projek mega yang sedang dilaksanakan. “Memandangkan […]

» Read more

Kerajaan PH Digesa Buktikan Mereka Amal Demokrasi Terbuka, Bebas

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa Pakatan Harapan (PH) membuktikan kerajaan yang mereka kuasai hari ini lebih terbuka dan mengamalkan demokrasi bebas seiring dengan Malaysia baharu yang diwar-warkan sebelum ini. Menurut beliau citra Malaysia baharu yang dicanang-canangkan haruslah dizahirkan dan bukannya mengambil sikap sebaliknya dengan menyekat atau pun mengekang mana-mana […]

» Read more
1 310 311 312 313 314