Kerajaan PH Perlu Jelaskan Janji 20 Peratus Royalti Minyak


KUALA LUMPUR, 25 Julai – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan memohon kerajaan Pakatan Harapan (PH) memberikan penjelasan berkaitan janji 20 peratus royalti minyak yang merupakan janji utama mereka untuk menawan hati rakyat negeri pengeluar minyak terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Katanya, PH mencanangkan angka 20 peratus ini sejak pilihan raya 2004 lagi dan sebab itu rakyat Sabah dan Sarawak amat kecewa apabila pengumuman kerajaan persekutuan baru-baru ini tersasar jauh dari janji mereka kerana 20 peratus dari keuntungan jauh lebih kecil jumlahnya dari 20 peratus dari pendapatan kasar (royalti).

“Ada tiga isu penting yang timbul mengenai pelanggaran janji PH ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Yang pertama, tegasnya 20 peratus daripada keuntungan tidak sama dengan 20 peratus dari pendapatan dengan jumlah 20 peratus dari keuntungan jauh lebih kecil dari jumlah 20 peratus dari pendapatan kasar Petronas (seperti yang dijanjikan oleh PH).

“Kedua, jika formula 20 peratus dari keuntungan dipakai, ada kemungkinan Sabah dan Sarawakmenerima jumlah yang lebih kecil dari formula pemberian 5 peratus daripada pendapatan kasar (royalti) yang digunapakai sekarang ini. Jumlah 5 peratus royalti untuk Sabah.

“Ketiga, perlu penjelasan telus dari kerajaan PH sama ada jumlah bajet pembangunan kerajaan persekutuan yang dibelanjakan di Sabah dan Sarawak setiap tahun akan dikira sebagai sebahagian daripada formula 20 peratus dari keuntungan itu.

“Kalau bajet pembangunan kerajaan persekutuan di Sabah dan Sarawak dikira sebahagian daripada kiraan formula 20 peratus itu, ternyata rakyat Sabah dan Sarawak akan berdepan dengan kerugian akibat tertipu sekali lagi dengan janji manis PH,” tegasnya lagi.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengumumkan untuk memberi royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak sebagaimana terkandung dalam manifesto PH iaitu 10 janji dalam 100 hari pentadbiran. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.