Pemuda UMNO Mahu Najib Dapat Keadilan, Layanan Sewajarnya Di Sisi Undang-undang

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berharap proses keadilan terhadap Datuk Seri Najib Razak dijalankan dengan adil, tanpa sebarang campur tangan politik. Exconya, Shah Zanuriman Nuar Paras Khan berkata mereka tidak teragak-agak untuk mempertahankan hak Najib untuk mendapat layanan yang sewajarnya di sisi undang-undang. “Peguam Negara perlu berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat. “Penting untuk difahami bahawa […]

» Read more

Pembangunan Eco Tourism Kampung Sungai Melayu Beri Impak Positif Industri Pelancongan Johor

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Pembangunan Eco Tourism Kampung Sungai Melayu di Gelang Patah mampu memberi impak positif ekonomi khususnya kepada masyarakat setempat, ujar Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Datuk Mohd Jafni Md Shukor. Ujar Mohd Jafni, sepertimana pengumuman Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebelum ini sempena Tahun Melawat Johor 2026, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri sedang […]

» Read more

Jangan Politikkan Titah Adendum, Mohon Najib Dapat Keadilan Sewajarnya – UMNO Siswa UniMAP

KUALA LUMPUR, 31 Dis – UMNO Siswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berharap semua pihak untuk rasional dan permohonan tahanan rumah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dipolitikkan bagi memberikan keadilan sewajarnya terhadap bekas Perdana Menteri tersebut. Mereka juga menggesa agar setiap lunas undang-undang dan peruntukan Perlembagaan dijunjung dan diangkat oleh setiap peringkat rakyat Malaysia serta jentera pentadbiran. “Sepatutnya isu […]

» Read more

Lakar Banyak Kejayaan, Pahang Di Landasan Tepat Menuju Negeri Berpendapatan Tinggi

KUANTAN, 31 Dis – Melabuhkan tirai tahun ini dengan pelbagai kejayaan, kerajaan negeri terus komited pada 2025 untuk bergerak membawa Pahang menjadi negeri berpendapatan tinggi sekali gus bakal mengangkat limpahan manfaat kepada rakyat. Di bawah pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengemudi pentadbiran sejak Mei 2018, Pahang telah mencatatkan prestasi membanggakan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, […]

» Read more

Pengampunan Diraja: Rakyat Berhak Bertanya, Melibatkan Isu Pemimpin Negara – Fariz

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Fariz Hazurin Ismail menempelak tindakan segelintir pihak yang memutar belit isu pengampunan diraja. Beliau berkata ia seperti menunjukkan kelemahan dalam memahami konteks pengampunan diraja yang diberikan. “Kenyataan yang cuba memutar belit isu pengampunan diraja hanya menunjukkan kelemahan pentadbiran beliau secara keseluruhan. “Diingatkan memberi fokus kepada amanah yang diberi […]

» Read more

Pertahankan Keharmonian Dan Kedaulatan Negeri Sabah – Pemuda UMNO Sabah

KOTA KINABALU, 31 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Sabah merujuk kepada satu hantaran media sosial yang dimuat naik oleh aktivis pereka grafik Fahmi Reza yang bersifat provokatif dan tidak menghormati negeri Sabah serta rakyatnya. Tegas Ketua Penerangannya, Mohamad Mahat Jumahat, tindakan ini jelas melangkaui batas kesopanan dan menunjukkan sikap yang tidak bertanggungjawab. “Sebagai rakyat Malaysia yang menghormati prinsip Rukun Negara, […]

» Read more

‘Kepimpinan Yang Baik Harus Tegakkan Keadilan, Tanpa Kira Latar Belakang Atau Kedudukan’

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi berkata pengampunan diraja adalah suatu proses yang melalui prosedur dan pertimbangan tertentu oleh Yang di-Pertuan Agong serta atas nasihat kerajaan. Katanya ia adalah hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong yang perlu dihormati, namun timbul persoalan tentang ketidakselarasan dalam cara pengampunan tersebut diberikan. “Sebagai contoh pengampunan […]

» Read more

Keberadaan UMNO/BN Bersama Kerajaan Untuk Terus Bawa Aspirasi Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Johan Abd Aziz menyifatkan keberadaan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam Kerajaan Perpaduan memberikan makna tersendiri dalam membawa aspirasi rakyat. Menurut beliau ini kerana melalui kerjasama dalam kerajaan, perjuangan UMNO/BN dapat diteruskan melalui menteri dan timbalan menteri serta agensi dan institusi melalui kementerian dinaungi pemimpin parti. “Sudah pasti kewujudan agensi seperti […]

» Read more

Bersepadu Depani Tahun Baharu 2025, UMNO Terus Kukuh Bawa Perjuangan Keramat

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Mendepani tahun baharu 2025 yang berbaki beberapa hari lagi, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jailani Johari mengajak akar umbi parti untuk terus bersepadu bersama dengan kepemimpinan tertinggi dalam membawa perjuangan parti keramat ini. Beliau berkata ini kerana keutuhan dalam kalangan pendukung parti sangat penting dalam mendepani dinamika politik yang serba mencabar. “Kita harus […]

» Read more

Kenyataan Dr Akmal Bersifat Pertanyaan, Tidak Perlu Tarik Balik – Pemuda BN

KUALA LUMPUR, 30 Dis – Pengarah Komunikasi Pemuda Barisan Nasional (BN), Neow Choo Seong melihat apa yang dinyatakan Pengerusi pergerakan itu, Datuk Dr Akmal Saleh berhubung Pengampunan Diraja Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bersifat pertanyaan yang berniat untuk mendapatkan penjelasan sejurus kenyataan Peguam Negara pada 28 Disember 2024 berhubung isu pengampunan Diraja. Katanya tidak ada keperluan untuk Dr. Akmal Saleh […]

» Read more
1 305 306 307 308 309 4,544