Pengarah, Jalan Cerita Dan Skrip Sama, Senario Berbeza… Alahaiii!!

Kisahnya sama seperti seorang budak yang baru balik kerja shif malam. Dia ditahan pada jam 2 pagi kerana disyaki sedang khayal. Tetapi masih tidak dapat dibuktikan dakwaan tersebut. Dibuat pemeriksaan, tapi gagal. Dibuat ‘Urine Test’, pun tidak ditemui tanda – tanda yang dia mengambil bahan terlarang. Maka digeledah seluruh kenderaan, pun tidak ditemui sebarang bukti. Lalu disuruh bukak bonet kenderaan, […]

» Read more

Bangkit Kembali Bina Parti Dari Keruntuhan, Aplikasi Mesyuarat Cawangan Suntik Semangat

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru agar semua ahli UMNO untuk bersama-sama kekal bersatu meneruskan perjuangan bagi terus memartabatkan maruah agama, bangsa dan tanah air. Jelas beliau, hanya orang yang benar-benar sayangkan UMO akan faham apa perjuangan UMNO dan akan terus kekal dalam parti keramat ini walaupun UMNO tewas dalam […]

» Read more

Terimalah Hakikat, Ekonomi Negara Kukuh Hasil Barisan Nasional

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Bekas Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan (MOF) Datuk Lokman Noor Adam menyeru kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar berlapang dada dan menerima hakikat bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) kini mewarisi negara dengan ekonomi yang kukuh hasil daripada pentadbiran kerajaan terdahulu, kerajaan Barisan Nasional (BN). Lokman turut melahirkan perasaan terkejut dengan kenyataan yang cukup tidak […]

» Read more

Apa Yang Berlaku Terhadap Anwar 20 Tahun Lalu Sekali Lagi Dipertontonkan – Annuar

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa hari ini mempersoalkan apakah benar negara telah memasuki  era Malaysia baru, yang lebih baik, lebih tertib, lebih adil pasca 9 Mei? Jelasnya apa yang ditonton sedang berlaku mengingatkan beliau bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ditangkap, dilayan dan dimalukan kerana waktu itu (1998) rumah kami di kejiranan yayg sama […]

» Read more

Pemuda UMNO Kesal Dan Khuatir Tindakan Keterlaluan Polis Terhadap Najib

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Hamdan hari ini  melahirkan rasa kekhuatiran terhadap tindakan dan pendekatan yang diambil pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta tengah malam semalam. Tegasnya penggeledahan berterusan melebihi 18 jam yang dibuat oleh hampir 50 – 60 anggota PDRM pada malam […]

» Read more

“Jika Najib Santuni Mahathir Sebagai Pembangkang, Kenapa Tun Begitu Zalim Terhadap Beliau”- Anina

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin menyatakan perasaan terkilan atas tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang kelihatan terburu-buru ‘melancarkan serbuan besar-besaran’ ke kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi ketika mana bulan Ramadan baru sahaja memasuki hari pertama. Kesalnya lagi, jika benar mahu ‘selamatkan negara’ kerajaan pimpinan Tun Mahathir sepatutnya terlebih dahulu membentuk […]

» Read more

Ahli UMNO Terus Istiqamah Dalam Perjuangan Demi Agama, Bangsa Dan Negara – Hanafi

KUALA LUMPUR, 17 Mei – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat berkata ahli parti perlu terus istiqamah serta meningkatkan lagi tahap perjuangan demi kelangsungan parti untuk mengorak langkah ke depan. Menurut beliau seandainya semua ahli serta seluruh pendokong bersatu padu dan bersepakat, tidak ada yang mustahil malah insya-Allah parti akan bangkit untuk terus memperjuangkan kepentingan rakyat bersama. “Kepada […]

» Read more

UMNO Harus Kekal Teguh Demi Islam Dan Melayu

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Setelah seminggu rakyat memilih kerajaan baru yang menggabungkan empat parti utama yang berpayung di bawah Pakatan Harapan, ramai mulai membicarakan mengenai masa depan UMNO. Tidak kurang juga di kalangan pendokong yang mulai gundah dan ada yang meninggalkan bahtera perjuangan. Walau apa pun fenomena yang berlaku, hakikat dan fakta yang perlu diperakui oleh semua UMNO masih […]

» Read more

Wan Rosdy Mahu Tingkat Sistem Penyampaian Kerajaan Negeri

KUANTAN, 16 Mei – Menteri Besar Pahang yang baharu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berazam untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian dan perkhidmatan kerajaan negeri dengan melonggarkan kekangan birokrasi berhubung beberapa perkara tertentu. Wan Rosdy yang dilantik menjawat jawatan itu semalam, berkata ini termasuk menurunkankan kuasa menteri besar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk membolehkan sesuatu perkara diproses dengan lebih […]

» Read more

Cawangan UMNO Mula Bersidang 19 Mei, 30 Jun Mesyuarat Bahagian Serentak Pemilihan Parti

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan dan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bermula Sabtu, 19 Mei 2018 sehingga Ahad, 10 Jun 2018 sementara di peringkat bahagian pada Sabtu, 30 Jun 2018. Cawangan-cawangan boleh mengadakan persidangan tahunannya bila-bila masa antara tarikh berkenaan bersesuaian dengan Fasal 8.2 (Peraturan persidangan) iaitu cawangan-cawangan yang […]

» Read more
1 2,773 2,774 2,775 2,776 2,777 2,779