Batal ERCL, BR1M.. Apakah Kerajaan PH Hari Ini Tidak Suka Bantu Orang Melayu?

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan kerajaan hari ini yang membatalkan projek ECRL dan BR1M seolah-olah kerajaan hari ini tidak suka untuk membantu orang-orang Melayu di negara ini. Beliau berkata demikian kerana, projek ECRL itu akan memberikan manfaat kepada negeri-negeri pantai timur seperti Pahang, Terengganu dan Kelantan di mana majoriti penduduk […]

» Read more

Keputusan Hapus GST Punca Kekalutan Dasar Ekonomi Kerajaan PH Hari Ini

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan meminta rakyat agar tidak terpengaruh dengan dakyah kerajaan Pakatan Harapan (PH) kononnya projek ERCL tidak menguntungkan rakyat, sedangkan sekiranya pelaksanaan projek tersebut diteruskan, kegiatan ekonomi akan melonjak, wujudnya peluang pekerjaan dan meningkat harga tanah di sekitar kawasan tersebut. Sememangnya menurut beliau, projek tranportasi awam seperti ini […]

» Read more

Merasmikan Rumah Contoh Perumahan Rakyat 1Malaysia

KUANTAN, 19 Ogos — Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Pahang Abdul Rahim Muda (tiga, kiri) merasmikan rumah contoh Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang di Kampung Sungai Baging, hari ini. Sebanyak 120 unit rumah PR1MA Kampung Sungai Baging dibina untuk fasa satu bagi membantu mereka yang belum memiliki rumah terutama golongan muda.–fotoBERNAMA

» Read more

Menghitung Hari… Janji 100  Hari Yang Gagal Ditepati – Fadzli

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pahang, Fadzli Mohd Kamal berkata tinggal beberapa hari sahaja lagi menjelang 100 hari pemerintahan Pakatan Harapan (PH) sejak  Pilihan Raya Umum (PRU-14) yang lalu, pasti kerajaan PH akan temui jalan buntu sekali gus gagal penuhi janji yang terkandung dalam manifesto hebat mereka yang kononnya akan dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Menurut beliau, […]

» Read more

Merasmikan Konvensyen Kepimpinan Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan

KUANTAN, 4 Ogos — Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (dua, kanan) bersalam dengan pemimpin Orang Asli Islam ketika merasmikan Konvensyen Kepimpinan Orang Asli Islam Peringkat Kebangsaan 2018, hari ini. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Konvensyen ini dapat menjadi medium perantaraan atau platform pertemuan antara kepimpinan Orang Asli Islam seluruh Malaysia untuk […]

» Read more

Diskusi N49 Sungai Kandis

Shah Alam, 28 Julai – Ruangan Diskusi N49 malam ini mengupas isu ‘Sindrom Salahkan BN’ dengan menampilkan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin bersama dengan Ahli MajlisTertinggi, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan Datuk Mohd Irwan Rizal (Moderator). Diskusi ini diadakan sempena Pilihanraya Kecil DUN N.49 Sungai Kandis. – Foto : MediaUMNO

» Read more

‘LIVE’ Diskusi N49 Ketengah ‘Sindrom Salahkan BN’ Malam Ini

SHAH ALAM, 28 Julai – Tindakan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang seringkali menyalahkan pentadbiran terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN) dalam apa juga hal yang berlaku termasuklah kegagalan mereka untuk menunaikan 10 janji dalam tempoh 100 hari menjadi isu yang bakal diketengahkan dalam Diskusi N49 malam ini dengan tajuk ‘Sindrom Salahkan BN’. Menerusi diskusi yang bersiaran selama sejam bermula 9.00 malam […]

» Read more

Lima Taman Perindustrian Nikmati Pengecualian Cukai

KUANTAN, 26 Julai – Kerajaan negeri Pahang memberikan pengecualian cukai kepada lima taman perindustrian di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Taman perindustrian itu ialah Taman Automotif Pekan, Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) 1 dan 2, Taman MCKIP 3, Taman Industri Halal Gambang dan Taman Teknologi Pahang. “Tempoh pengecualian cukai ini berbeza-beza seperti MCKIP diberikan […]

» Read more

Pembinaan ECRL Akan Bantu Wujudkan Lebih Banyak Kawasan Pertumbuhan Ekonomi- Tengku Abdullah

KUANTAN, 23 Julai – Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini bertitah bahawa baginda menyambut baik keputusan Kerajaan Pusat untuk mengkaji semula kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Baginda bertitah projek itu apabila dilaksanakan kelak, akan membantu mewujudkan lebih banyak kawasan pertumbuhan ekonomi termasuk di Pahang. “Pembinaan ECRL akan meningkatkan saling hubungan kawasan-kawasan ekonomi dan […]

» Read more

Projek ECRL Digantung, Pekerja Diberhentikan…Inikah Kerajaan Adil – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 21 Julai – UMNO kesal dan amat bimbang dengan laporan mengenai kira-kira 1,000 pekerja ECRL diberhentikan berikutan tindakan kerajaan menggantung statusnya pada 3 Julai lalu, kata Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Sambil meminta pekerja terbabit bersabar, beliau menyifatkan langkah kerajaan berdolak-dalik mengenai projek itu sebagai tidak profesional. “Tindakan menabur pasir ke dalam periuk 1,000 pekerja itu, […]

» Read more
1 275 276 277 278 279 281