Senarai Pelantikan Ahli Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Malaysia 2018 – 2021

KUALA LUMPUR , 20 Julai – Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Dr. Noraini Ahmad mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak pentadbiran UMNO Malaysia kerana telah berjaya mengurus perjalanan pemilihan UMNO 2018 dengan baik dan mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan. Sehubungan itu, selaras dengan Fasal 5.5 dan 11.3 Peraturan Pergerakan Wanita UMNO dalam Perlembagaan UMNO, beliau telah membuat pelantikan Penolong […]

» Read more

Senarai Pelantikan Ketua-ketua dan Naib-Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebulat suara melantik 13 orang ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri-negeri Sesi 2018 – 2021 dan juga melantik 13 orang Naib Ketua Pemuda UMNO bagi sesi tersebut. Nama-nama Ketua dan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri-negeri yang dilantik adalah seperti berikut: 1. Perlis Ketua Pemuda UMNO: HARMIZAN ABDUL HALIM (Kangar) Naib Ketua Pemuda Negeri: […]

» Read more

Senarai Pelantikan Badan Perhubungan UMNO Negeri-negeri Sesi 2018-2021

» Read more

Tindakan Bekukan Akaun Peribadi, Anak-anak Satu Tindakan Ganas – Najib

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan rasa kesal berhubung pembekuan akaun peribadi beliau yang tidak ada kena mengena dengan politik dan pentadbiran kerajaan termasuklah kes yang melibatkan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini sedang dibicarakan. Menurut Najib, akaun bank peribadi yang dibekukan itu tidak mempunyai urus niaga lain dan hanya digunakan untuk […]

» Read more

Institusi Agama Bantu Lahirkan Modal Insan Berkualiti – Tengku Abdullah

PEKAN, 7 Julai – Institusi atau pusat pengajian agama di negeri ini diharap dapat memainkan peranan untuk menerapkan ajaran Islam dalam kalangan modal insan khususnya golongan muda bagi mengelakkan mereka terjebak dengan pelbagai masalah sosial, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Baginda bertitah teras agama adalah penting untuk membangunkan modal insan yang berkualiti dan bukan hanya dilengkapi […]

» Read more

Angkat Sumpah Jawatan

KUANTAN, 2 Julai — Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai mengangkat sumpah jawatan pada persidangan pertama bagi penggal pertama Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14 di Wisma Sri Pahang, hari ini.Seramai 42 ADUN Pahang mengangkat sumpah yang terdiri daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN), 8 ADUN (PAS) dan 9 ADUN […]

» Read more

Pilih Pemimpin Yang Mampu Menghidupkan UMNO – Zahid

JOHOR BAHRU, 28 Jun – Naib presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menegaskan, perwakilan yang mengundi pada 30 Jun ini bukanlah untuk mencari presiden yang bakal perdana menteri, sebaliknya perwakilan perlu mencari pemimpin yang mampu untuk menghidupkan UMNO dalam keadaan parti yang sedang dilanda musibah hari ini. Pemimpin yang dipilih kelak menurut Zahid, perlulah pemimpin yang […]

» Read more

Jangan Anak Tirikan Negeri Ditadbir BN-Sharkar Shamsuddin

TEMERLOH, 28 Jun – Kerajaan Negeri Pahang menyambut baik langkah penambahbaikkan pentadbiran di peringkat kampung yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan, namun berharap ia dapat dilaksana secara adil termasuk kepada negeri pembangkang. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pengagihan peruntukan dan bayaran elaun kepada ketua kampung serta barisan anggota jawatankuasa juga perlu diagihkan untuk […]

» Read more

UMNO Perlu Bersikap Terbuka, Lebih Demokratik – Ku Li

IPOH, 28 Jun – UMNO perlu bersikap terbuka dan lebih demokratik serta memperbaiki segala kelemahan mengikut kehendak anggotanya serta pengundi, kata calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkata setiap pandangan yang dilontarkan oleh peringkat akar umbi perlu diteliti oleh pemimpin di setiap peringkat agar ia boleh menjadi asas penggubalan dasar dan sebagainya demi perjuangan parti. “Mereka (anggota, pengundi) tidak […]

» Read more

Pemuda Buang Imej Elitis, Bangsawan Untuk Dekati Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Pemuda UMNO akan membuang imej elitis dan bangsawan untuk mendekati rakyat demi membina semula kepercayaan terhadap parti tersebut, kata ketuanya yang baharu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. “Apa yang kami akan buat selepas pembentukan Exco ialah kita akan jelajah ke seluruh 191 bahagian, dan kita akan tidur di rumah Ketua Pemuda Cawangan di kampung-kampung. Tidak lagi […]

» Read more
1 274 275 276 277 278 279