Tetap Bersama Dengan UMNO

MELAKA 28 Jun — Naib Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan isyarat no 3 ketika hadir pada Majlis Sambutan Aidilfitri dan sesi memperkenalkan calon ahli Majlis Tertinggi dalam Pemilihan UMNO 2018 anjuran Badan Perhubungan UMNO negeri Melaka di sini hari ini.

» Read more

Peguam UMNO Akan Teliti Ikut Perundangan Tentukan Harta Parti – Zahid

MELAKA, 28 Jun – Para peguam UMNO akan meneliti barangan rampasan dalam siasatan kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya ada yang dimiliki oleh parti itu, kata Naib Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang menjalankan tugas-tugas presiden parti berkata sekiranya ada antara barangan rampasan itu adalah milik parti itu, pihaknya bersedia mengikut perundangan […]

» Read more

UMNO Perlu Bersikap Terbuka, Lebih Demokratik – Ku Li

IPOH, 28 Jun – UMNO perlu bersikap terbuka dan lebih demokratik serta memperbaiki segala kelemahan mengikut kehendak anggotanya serta pengundi, kata calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkata setiap pandangan yang dilontarkan oleh peringkat akar umbi perlu diteliti oleh pemimpin di setiap peringkat agar ia boleh menjadi asas penggubalan dasar dan sebagainya demi perjuangan parti. “Mereka (anggota, pengundi) tidak […]

» Read more

Tarik Sokongan Generasi Muda Untuk Bangkit – Tengku Razaleigh

MELAKA, 25 Jun – UMNO tidak mungkin bangkit dan menebus kekalahan teruk yang dialaminya pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 sekiranya parti itu gagal menarik sokongan serta kepercayaan generasi muda di negara ini, kata calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Tengku Hamzah. Beliau berkata adalah amat penting untuk UMNO menarik sokongan dan kepercayaan generasi muda kerana golongan itulah yang akan membentuk kumpulan pengundi pada masa hadapan seterusnya menjadi penentu negara pada masa […]

» Read more

Pengumuman Keputusan Pemilihan Sayap UMNO Akan Diumum Ahad, 24 Jun

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, pengumuman keputusan muktamad pemilihan sayap-sayap UMNO yang melibatkan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan hanya diumumkan esok Ahad, 24 Jun pada pukul lima petang. Menurut beliau, penangguhan ini ekoran masih banyak lagi bahagian-bahagian yang masih belum selesai mengadakan pengiraan undi memandangkan ada diantaranya yang mengadakan […]

» Read more

Keanggotaan, Sistem Pemilihan Perlu Diberi Perhatian Pimpinan Baharu UMNO

MELAKA, 23 Jun – Keahlian dan sistem pemilihan adalah antara pelbagai isu penting yang perlu diberi perhatian oleh pucuk kepimpinan baharu UMNO yang dipilih pada pemilihan sayap parti esok, kata Ketua Pergerakan Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin. Beliau berkata ia perlu dilakukan bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya orang Melayu dan bumiputera yang selama ini menaruh kepercayaan kepada parti itu untuk […]

» Read more

Jalaluddin Alias Tawar Diri Bertanding MT UMNO

SEREMBAN, 8 Jun – Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Jalaluddin Alias menawarkan diri untuk bertanding jawatan Anggota Majlis Tertinggi dalam pemilihan UMNO, 30 Jun ini. Jalaluddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Jelebu berkata keputusan itu dibuat demi kelangsungan perjuangan mempertahankan nasib agama, bangsa dan tanah air. “Jika diberi mandat oleh anggota, saya sangat berkeyakinan akan dapat membantu parti dalam […]

» Read more

Tidak Ada Sesiapun Boleh Nafikan Jasa UMNO Dan BN Membangunkan Negara – Tajuddin

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, sumbangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kepada negara selama ini tidak boleh dinafikan. Jelas beliau, apa pun hakikatnya, UMNO dan BNlah yang telah membawa Malaysia kepada kemajuan dan keluar daripada kepompong negara mundur. “UMNO adalah sebuah parti yang telah melalui jangka waktu begitu lama, 70 […]

» Read more
1 271 272 273 274