Tugas Menteri Kewangan Dipersoal, Kerajaan PH Ditegakkan Hanya Untuk Kaburi Kepincangan Kroni

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Setelah memaklumkan kepada rakyat betapa Pakatan Harapan (PH) tidak dapat menunaikan manifesto pilihan rayanya dalam tempoh 100 hari seperti yang dijanjikan, mereka cuba mengalih perhatian rakyat dengan mendakwa wujudnya banyak lagi kepincangan Barisan Nasional (BN) yang perlu dibongkar. Selaras dengan itu, Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO mempersoalkan apakah bidang tugas Lim Guan Eng sebenarnya […]

» Read more

Letak Kepentingan Islam Di Depan Dan Bukannya Kepentingan Kumpulan Atau Peribadi – JATI

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Presiden Pertubuhan JATI, Dr Mohd Fauzi Shaffie yakin UMNO telah memainkan peranan yang besar dan penting dalam meletakkan Islam pada tempatnya dalam Perlembagaan Persekutuan serta dalam pelaksanaan Islam sepanjang memerintah negara sejak 1957. Justeru kata beliau dalam pemilihan UMNO pada kali ini, para perwakilan di mesyuarat agung UMNO bahagian-bahagian diharap akan memberi keutamaan kepada kepentingan […]

» Read more

Khairy Cadang Dua Jawatan Baharu Naib Presiden Untuk Perkasa UMNO

KUALA LUMPUR, 20 Jun – Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin hari ini mencadangkan tambahan dua jawatan naib presiden bagi mewakili wanita dan Sabah sekiranya dipilih sebagai presiden pada pemilihan parti 30 Jun. Anggota Parlimen Rembau itu berkata cadangan itu penting bagi menyuburkan amalan demokrasi di dalam parti berusia 72 tahun itu. “Hari ini seperti ada ‘glass ceiling’ untuk wanita… akan […]

» Read more

Permainan Politik Kerajaan PH Dibidas, Isu Kedaulatan Perlu Dipertahankan

KUALA LUMPUR, 20 Jun – UMNO tidak dapat menerima logik di sebalik ‘permainan’ Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pakatan Harapan (PH) dalam kes Pulau Batu Puteh atau Pedra Branca kerana tuntutan ke atasnya dibuat sejak zaman beliau menjadi perdana menteri keempat lagi, kata Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO. Ujarnya, UMNO menyambut baik kenyataan Dr Mahathir mengenai perlunya […]

» Read more

Perwakilan Berpeluang Pilih Yang Terbaik Bagi Terajui kepimpinan UMNO 30 Jun Ini

TEMERLOH, 20 Jun – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perwakilan parti berpeluang untuk membuat pilihan yang terbaik daripada senarai calon yang bakal bertanding pada pemilihan parti 30 Jun ini. Beliau turut menyifatkan, jumlah calon yang ramai untuk bertanding pelbagai jawatan akan memberikan lebih variasi kepada perwakilan untuk menilai dan memilih […]

» Read more

Di Depannya Duri, Di Belakangnya Api

Bertanding pada jawatan nombor dua tidak pernah ada dalam pemikiran saya selama ini. Namun dalam tempoh 24 bulan, parti keramat ini kehilangan naib presiden, timbalan presiden dan terbaru Presiden UMNO Dan dalam tempoh yang sama, UMNO kehilangan kuasa pemerintahan setelah tujuh dekad di tampuk kuasa. Tiada ujian yang lebih besar dari apa yg sedang UMNO lalui pada masa ini Apabila […]

» Read more

Tindakan Kerajaan Burukkan Ekonomi Negara Punca Kejatuhan Bursa Saham Berterusan

KUALA LUMPUR, 19 Jun – UMNO menyatakan rasa bimbang dengan perkembangan aliran yang menurun di Bursa Malaysia secara berterusan untuk tempoh yang lama, di mana penurunan ini bukan saja bakal menjejaskan prestasi syarikat pengurus dana seperti KWSP, malah akan turut menjejaskan keupayaannya untuk memberi dividen pada masa depan. Dalam satu kenyataan media, Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO menegaskan, penurunan […]

» Read more

Persidangan UMNO 2018 Amat Bemakna Buat Ahli Parti

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai, Ali Mazat Salleh berkata persidangan UMNO kali ini di bahagian Kulai lebih bermakna dan begitu penting kepada semua ahli UMNO di akar umbi dan akan terus menjadi ingatan yang amat bermakna. Ini kerana katanya persidangan serta pemilihan yang diadakan pada tahun ini berlangsung dalam suasana parti menjadi […]

» Read more

Bekas MB Pahang Meninggal Dunia

KUANTAN, 19 Jun — Bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, 79, meninggal dunia di kediamannya di Kubang Buaya di sini pada jam 12.20 tengah hari ini. Anak sulungnya, Shamsol Rahman, 48, berkata arwah sudah hampir sebulan terlantar akibat komplikasi penyakit buah pinggang yang dialaminya sejak belasan tahun lalu. “Ayah pernah melakukan pemindahan buah pinggang di Guangzhou, […]

» Read more

Proses Cabutan Nombor Calon Pemilihan UMNO 2018 Selesai

KUALA LUMPUR, 18 Jun – Proses cabutan nombor calon yang bertanding pada pemilihan UMNO 2018 di peringkat pusat yang melibat Ahli Majlis Tertinggi, ahli jawatankuasa sayap Wanita, Pemuda dan Puteri selesai di dalam program cabutan nombor calon yang diadakan di Auditorium Menara Dato Onn, Putra World Trade Center (PWTC) di sini hari ini. Proses cabutan nombor calon Ahli Majlis Tertinggi […]

» Read more
1 2,709 2,710 2,711 2,712 2,713 2,731