Kerjasama UMNO – Pas Satu Landskap Politik Baru Selepas Enam Dekad – Zahid

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan terima kasih kepada pimpinan parti Pas kerana buat kali pertama menjemput kepimpinan tertinggi UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan ke-64 parti tersebut yang diadakan di Stadium Tertutup Komplek Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu hari ini. Menurut Zahid, kehadiran kepimpinan UMNO di Muktamar Pas kali ini telah melakar […]

» Read more

Lembaran Sejarah… Presiden & Pemimpin Tertinggi UMNO Hadir Di Muktamar Tahunan Pas

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini hadir dalam Muktamar Tahunan Pas ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu. Beliau yang tiba kira-kira jam 8.45 pagi disambut oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama pimpinan tertinggi Pas. Antara pemimpin tertinggi UMNO yang turut hadir dalan Muktamar […]

» Read more

Bertanding Atau Tidak Di Port Dickson : Tunggu UMNO Adakan Mesyuarat Biro Politik 24 Sept Ini

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO belum ada apa-apa keputusan atau pendirian sama ada akan meletakkan calon atau tidak bagi untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Port Dickson sehingga biro politik UMNO bermesyuarat pada 24hb September depan ini. “Kita mengambil perhatian tindakan mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson (PD) yang bertujuan memberi laluan kepada […]

» Read more

Isu Perundangan Yang Makin Caca Merba… Kenapa SUHAKAM Berdiam Diri? – Lokman

KUALA LUMPUR, 14 Sept. – Pemantau Malaysia Baru melahirkan rasa hairan mengapa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berdiam diri dan tidak mengeluaran sebarang kenyataan dalam isu-isu perundangan yang berlaku dalam negara sekarang ini. Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam berkata sehingga kini tidak dengar sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh SUHAKAM tentang hak rakyat dalam mendapatkan keadilan di mahkamah sedangkan ia adalah […]

» Read more

Ketua Wanita UMNO Santuni Muslimat Di Muktamar Pas

KUALA TERENGGANU 14 Sept. – Lembaran baharu kepada sejarah hubungan politik Pas-UMNO terus tercipta apabila Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad pula menyantuni Muktamar Dewan Muslimat Pas Ke-58 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini pagi ini. Noraini tiba bersama rombongan Wanita UMNO antaranya Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd. Yazid; bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk […]

» Read more

Cukup- Cukuplah Salahkan Pas, BN

KUALA TERENGGANU 14 Sept. – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta berhenti menyalahkan Pas dan Barisan Nasional (BN) atas kegagalan mereka menunaikan janji manifesto dalam tempoh 100 hari yang ditetapkan. Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh berkata, trend itu makin menjadi-jadi terutama dengan segala gejala kemelut yang berlaku ketika ini, yang digembar-gemburkan PH dengan polemik politik seolah-olah untuk menjana persepsi […]

» Read more

Pahang Serap 47 Kakitangan Jasa Yang Ditamatkan Khidmat

KUANTAN, 14 Sept – Kerajaan Negeri Pahang bersedia menyerap 47 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) termasuk lima pegawai di negeri ini yang ditamatkan khidmat. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata mereka akan diserapkan ke agensi atau jabatan yang bersesuaian, yang buat masa ini ia masih belum dimuktamadkan. “Kita membantu mereka atas prinsip simpati kerana ada di […]

» Read more

Zahid Hargai KIMMA Yang Terus Sokong Perjuangan UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Sept. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan penghargaan kepada Kongres Indian Muslim Malaysia (KIMMA) yang terus menyokong perjuangan UMNO. Katanya, dalam keadaan UMNO berdepan dengan pelbagai tekanan dan hilang tampuk pentadbiran bersama Barisan Nasional maka sokongan KIMMA amat dihargai. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat dari […]

» Read more

Ringgit Mata Wang Terbaik Dunia : Guan Eng Jangan Cuba Buat Muslihat Tipu Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Peliknya, apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng Eng mengeluarkan satu kenyataan bersifat muslihat yang cuba menipu rakyat, kata Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Shahril Sufian Hamdan. Katanya, sudahlah niat buruk itu jelas ada, muslihatnya pun terlalu cetek sehingga menimbulkan tanda tanya adakah Lim Guan Eng juga menganggap rakyat Malaysia ini terlalu mudah diperbodohkan? Guan […]

» Read more

Dakwa Peguambela… Betapa Terdesaknya Mereka!!

Pertuduhan AMLA terhadap teraju utama pasukan peguambela saya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menerima pembayaran bagi khidmat guaman dilaksanakan beliau adalah satu lagi tindakan untuk menafikan saya perbicaraan yang adil. Ia boleh dilihat sebagai satu langkah untuk menakutkan atau menghalang beliau dan peguam lain daripada mewakili saya di mahkamah. 2. Sebelum ini, hakim bagi kes saya telah ditukar secara […]

» Read more
1 2,646 2,647 2,648 2,649 2,650 2,744