Lembaran Sejarah… Presiden & Pemimpin Tertinggi UMNO Hadir Di Muktamar Tahunan Pas

KUALA TERENGGANU, 15 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini hadir dalam Muktamar Tahunan Pas ke-64 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu.

Beliau yang tiba kira-kira jam 8.45 pagi disambut oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama pimpinan tertinggi Pas.

Antara pemimpin tertinggi UMNO yang turut hadir dalan Muktamar Tahunan Pas kali ini antaranya Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri dan juga Datuk Seri Mahdzir Khalid, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan beberapa pimpinan tertinggi UMNO.

Selain daripada pimpinan UMNO, pimpinan parti komponen BN seperti MIC, Parti Cinta Malaysia turut hadir dalam muktamar Pas kali ini.

Kehadiran pimpinan tertinggi UMNO di dalam Muktamar Tahunan Pas kali ini adalah hasil daripada rentetan kerjasama yang berlaku antara UMNO dan Pas sebagai pembangkang dalam senario politik terbaru di negara ini.-MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.