Isu Perundangan Yang Makin Caca Merba… Kenapa SUHAKAM Berdiam Diri? – Lokman
KUALA LUMPUR, 14 Sept. – Pemantau Malaysia Baru melahirkan rasa hairan mengapa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berdiam diri dan tidak mengeluaran sebarang kenyataan dalam isu-isu perundangan yang berlaku dalam negara sekarang ini.
Presidennya, Datuk Lokman Noor Adam berkata sehingga kini tidak dengar sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh SUHAKAM tentang hak rakyat dalam mendapatkan keadilan di mahkamah sedangkan ia adalah hak asasi manusia
“Sistem perundangan yang ada hari ini seakan tidak ada ‘Rule of Law’ dan ini menampakkan penafian hak untuk rakyat Malaysia bagi mendapat keadilan dan ini sangat bahaya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghantar memorandum kepada SUHAKAM mengenai salahlaku beberapa pegawai PDRM IPD Dang Wangi dan pendakwaan ke atas Tan Sri Shafie Abdullah iaitu peguam utama mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di di Menara TH Perdana, hari ini.
Dalam hal ini beliau memberikan contohnya kes-kes yang hari ini digugurkan di mahkamah adalah kes yang melibatkan kepimpinan Pakatan Harapan (PH).
“Sehingga hari ini tak ada sebarang kenyataan dari SUHAKAM,” katanya.
Dalam masa yang sama beliau juga memaklumkan bahawa pendaftaran Pemantau Malaysia Baru sebagai NGO masih tidak diluluskan biarpun sudah empat bulan permohonan.
“Sekiranya yang pro-Pakatan Harapan maka dalam dua minggu saja permohonan boleh diselesaikan tetapi kini Pemantau Malaysia Baru sudah 4 bulan.”
Memorandum tersebut dibuat susulan sikap tidak profesional pihak berkuasa dalam mengawal situasi himpunan aman ‘perkuburkan perasuah bersama Pemantau Malaysia’ yang berlangsung 8 Sept lalu. – MediaUMNO