Jenazah Muhammad Adib Selamat Dikebumikan

ALOR SETAR, 18 Dis – Jenazah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah, di sini kira-kira 1.45 tengah hari tadi. Pengebumian jenazah turut dihadiri ratusan anggota keluarga, saudara-mara dan penduduk sebagai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham. Suasana hiba menyelubungi upacara itu dengan keadaan cuaca yang sedikit mendung memudahkan urusan […]

» Read more

Tubuh RCI Untuk Siasatan Menyeluruh Termasuk Kenyataan Pembohongan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi melakukan siasatan menyeluruh terhadap kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi akibat cedera dalam insiden rusuhan bulan lalu. Katanya, ia bukan sekadar siasatan jenayah tetapi juga kenyataan pembohongan oleh sekumpulan orang yg menggunakan […]

» Read more

Keadilan Untuk Adib, Pemimpin PH Pencetus Rusuhan Mesti Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim semalam adalah satu tragedi tahun 2018 yang menjadi kesedihan seluruh rakyat Malaysia, kerana Allahyarham bukan cedera terkena kebakaran, bukan juga kemalangan ketika menyelamat, tapi dibelasah teruk oleh perusuh seperti yang disahkan oleh pihak berkuasa. Selaras dengan itu, Pergerakan Puteri UMNO mendesak pihak kerajaan dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas […]

» Read more

DUN Negeri Sembilan Lahirkan Rasa Sedih Kematian Adib

SEREMBAN 18 Dis. – Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan merakam ucapan takziah atas kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim akibat dipukul perusuh di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu. Ucapan takziah dan rasa sedih serta kesal itu dizahirkan dalam Persidangan DUN, di sini hari ini. Ketua pembangkang, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) bangun mencadangkan […]

» Read more

Dewan Negara Bertafakur Peringati Pemergian Muhammad Adib

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Dewan Negara hari ini bertafakur dan merakam ucapan takziah kepada keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi akibat cedera parah selepas dipercayai diserang dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya pada 27 Nov lepas. Muhammad Adib, 24, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada […]

» Read more

Sultan Selangor Zahir Takziah Kepada Keluarga, Waris Adib

SHAH ALAM, 18 Dis – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan takziah kepada keluarga dan waris anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi susulan kecederaan yang dialami akibat diserang perusuh semasa insiden di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada 27 Nov lalu. Titah baginda pemergian Allahyarham amat dirasai oleh seluruh rakyat dan baginda percaya […]

» Read more

Wanita UMNO Gesa Hukuman Keras

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Pergerakan Wanita UMNO menggesa agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara menyempurnakan siasatan terhadap kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24. Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, sekiranya terbukti wujudnya elemen jenayah, undang-undang perlu ditegakkan dan mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kematian itu mesti dihadapkan ke muka […]

» Read more

Belasungkawa : Kematian Adib Perlu Disiasat Dengan Serius, Telus dan Segera

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Hari ini seluruh negara berasa sedih dan pilu dengan berita pemergian anggota bomba Mohammad Adib Mohd Kassim yang akhirnya pulang menghadap Pencipta setelah tiga minggu bertarung kerana kecederaan parah akibat dipukul semasa menjalankan tugas. Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan merakamkan sedalam-dalamnya belangsukawa dan berharap agar kes kematian Allahyarham disiasat dengan serius, telus dan […]

» Read more

Keadilan Untuk Adib : Dakwa Ganabatirau, P. Waytha Moorthy dan Tiga Menteri Lain

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Pemuda UMNO juga mendesak agar pihak Peguam Negara segera mengambil tindakan tegas terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor V. Ganabatirau dan empat orang Menteri lain termasuk Menteri Perpaduan P Waytha Moorthy, M Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jaykumar, dengan mendakwa di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengeluarkan kenyataan dengan niat mengaibkan […]

» Read more

UMNO Rakam Takziah, Seru Kerajaan Terus Siasatan Demi Keadilan

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh ahli UMNO mengucapkan takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal dunia malam tadi. “Takziah kepada seluruh ahli keluarga Muhammad Adib, diharapkan tabah menghadapi ujian ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama […]

» Read more
1 2,583 2,584 2,585 2,586 2,587 2,761