MCA Sedia Kerjasama Dengan Pas Demi Kepentingan Negara

KUALA LUMPUR 7 Feb – MCA sedia bekerjasama dengan Pas dalam isu-isu membabitkan kepentingan negara dan berhenti daripada memainkan soal perkauman yang memecahbelahkan rakyat. Naib Presiden MCA, Senator Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, partinya akan meyakinkan UMNO dan Pas agar sama-sama memberi tumpuan kepada hal kepentingan negara serta rakyat dan bukan mengeksploitasikan perbezaan kaum atau agama. Beliau mahu mengelakkan […]

» Read more

UMNO Tidak Akan Ditalkinkan – Mohamad

SHAH ALAM 7 Feb. – UMNO akan kembali kuat dengan semangat baharu dan tidak akan ‘ditalkinkan’ hanya kerana Barisan Nasional (BN) tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, kemenangan di Cameron Highlands baru-baru ini ada petanda parti itu tetap disayangi oleh rakyat. Malah dalam sesi Bicara Minda, […]

» Read more

Apa Telah Jadi Dengan Tuduhan ‘Demi Allah’ Ini? – Najib

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan tuduhan yang dibuat bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz berhubung dakwaan kira-kira 40,000 hektar tanah milik tentera telah diswastakan tanpa tender terbuka tahun lalu. Bekas Perdana Menteri berkata, nama Allah telah digunakan untuk melemparkan tuduhan terhadap beliau sebulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke- 14 (PRU14). […]

» Read more

Memalukan!!… Usah Pertaruh Integriti, Timbalan Menteri Luar Wajar Letak Jawatan – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 7 Feb – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan pendedahan mengenai status sijil ijazah Universiti Cambridge YB Senator Datuk Marzuki Yahya yang didakwa palsu sebelum diubah kepada nama universiti lain yang tidak diiktiraf oleh mana-mana badan akreditasi pendidikan adalah amat memalukan negara. Sambil menafikan kenyataan tersebut bermaksud seseorang itu harus berkelayakan tinggi jika ingin […]

» Read more

Janji Tidak Masuk Akal… Apa Pembelaan Kerajaan PH Kepada Masyarakat FELDA?

KUALA LUMPUR, 7 Feb – “Satu janji tidak masuk akal,” ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengerang Aznan Tamin berkaitan janji Pakatan Harapan (PH) yang kononnya mahu menghapuskan 50 peratus hutang peneroka FELDA. Jelas beliau, mana mungkin janji tersebut dilaksanakan kerana sekiranya harga komoditi kelapa sawit turun dengan mendadak maka ia akan menyebabkan peneroka bertambah sengsara dan susah. “Anda bayangkanlah […]

» Read more

AES : Pembohongan Berterusan Dan ‘U Turn’ Kerajaan PH

Khalid Samad cuba pertahankan U-Turn PH tentang AES. Dia kata pemimpin PH bantah AES sebelum itu hanya kerana AES diswastakan di mana semua kutipan denda pergi kepada syarikat swasta, dan bukan kepada kerajaan, polis atau Jabatan Pengangkutan Jalan. Mereka tiba-tiba terlupa mereka pernah bantah AES kerana ia dianggap zalim, membebankan rakyat dan satu cara untuk sapu duit rakyat? Sebelum mahu terus […]

» Read more

Kerajaan ‘Kakistokrasi’ : Harapan Tinggal Harapan – Khaled

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Apabila Pakatan Harapan memenangi PRU-14 dan Tun Mahathir dipilih untuk kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia, pengundi PH sangat yakin bahawa Tun Mahathir mempunyai ‘the magic formula’ untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Malaysia. Tun Mahathir Gagal Malangnya, setelah 9 bulan, ternyata harapan hanya tinggal harapan. Rakyat Malaysia tidak merasai perubahan yang dijanjikan. Harga barang tidak […]

» Read more

Selamat Berkempen Sesama Rakyat, Tingkatkan Ukhuwwah Sesama Ummah – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 6 Feb – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata keikhlasan pendokong parti dan juga tenaga sukarelawan yang mahu bersama untuk berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih amat mengujakan. “Alhamdulillah..begitu ramai tenaga UMNO dan BN serta PAS termasuk NGO yang mahu bersukarela turun berkerja di PRK Semenyih…luar biasa..Saya ucapkan terima kasih. “Berkempenlah secara […]

» Read more

UMNO Mesti Terus Di Hati Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah mengingatkan pimpinan UMNO di pelbagai peringkat jangan terpengaruh untuk berasa selesa dengan ramalan Firma penyelidikan Fitch Solutions Macro Research bahawa populariti Pakatan Harapan (PH) diramalkan menurun dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Katanya, dalam keadaan apapun, UMNO mesti terus diperkukuhkan. “Kita semua mesti terus bekerja dan […]

» Read more

Jika PH Rasa Perjuangan Mereka Betul, Kenapa Gentar Kerjasama UMNO Dan PAS – Nizar

PARIT, 4 Feb – “Jika Pakatan Harapan (PH) merasakan perjuangan mereka benar dan rakyat percayakan mereka, mengapa takutkan kerjasama UMNO dan PAS,” soal Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria. Jelas beliau, PH sebenarnya ibarat takutkan bayang-bayang sendiri. “Mereka sedar apa yang mereka lakukan.. penipuan demi penipuan yang mereka tabur tidak mampu ditutup selamanya. Sebab itu belum sampai setahun rakyat […]

» Read more
1 2,550 2,551 2,552 2,553 2,554 2,769