Kemenangan Kerjasama BN, PAS Di PRK Semenyih Untuk Tunjuk Referendum Kepada Kerajaan PH

TANJONG KARANG, 2 Feb – Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tan Sri Noh Omar berharap kerjasama yang kini terjalin antara UMNO dan PAS akan membawa kemenangan  calon BN pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih nanti. “Kita harap kerjasama  PAS dan UMNO pada PRK itu kelak dapat menolak calon Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (Bersatu) bagi menunjukkan referendum rakyat kepada kerajaan […]

» Read more

PH Keliru Sama Sendiri, Risau Bayang-Bayang BN

MINGGU lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan kerajaan membatalkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disebabkan bayaran faedah tinggi yang ditanggung negara hampir RM500 juta setahun. Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet Khamis lalu. 2. Namun dua jam kemudian, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata beliau terkejut atas pengumuman pembatalan projek ECRL itu dan […]

» Read more

Laporan Polis

KUANTAN 1 Feb–NGO dan Agensi Islam Pahang membantah sekeras-kerasnya diatas penghinaan pihak tidak bertanggungjawab terhadap Tuanku Seri Paduka Yang Dipertuan Agong dan menegaskan sesiapa yang tidak setuju dan tidak menerima apa yang telah diperuntukkan oleh undang-undamg pemasyhuran ini bolehlah mencari bumi selain Malaysia untuk bermaharajalela dengan keangkuhan anda. Dengan laporan Polis yang kami majukan ini , kami berharap bukan sahaja […]

» Read more

Al-Sultan Abdullah Angkat Sumpah Agong Ke-16

KUALA LUMPUR, 31 Jan– Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-252 sempena Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara hari ini. Foto–Unit Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia

» Read more

Sultan Abdullah Lafaz Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-16

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Baginda berdua dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja […]

» Read more

Tuduh BN Menang Kerana Isu Perkauman, PH Hanya Cari Alasan Tutup Kelemahan Sendiri

TEMERLOH, 29 Jan – Ahli Majlis Teringgi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, Pakatan Harapan (PH) hanya mencari alasan kepada kekalahan mereka di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands dengan menuduh kemenangan Barisan Nasional (BN) adalah kerana memainkan isu perkauman. Jelas beliau, PH harus menerima kekalahan mereka ini adalah satu referendum rakyat. “Mereka harus terima rakyat sedang marah… yang […]

» Read more

Tengku Hassanal Azam Cemerlang Seperti Ayahanda

PEKAN, 29 Jan -Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang hari ini dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang, berazam untuk mencapai kecemerlangan seperti mana ayahanda baginda dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri ini. Tengku Hassanal dalam titahnya mengakui ayahanda baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shahdan dan nenda Sultan Ahmad Shah telah meletakkan penanda aras yang tinggi semasa bergelar […]

» Read more

Tengku Hassanal Dimasyhur Tengku Mahkota

PEKAN, 29 Jan – Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah hari ini dimasyhur sebagai Tengku Mahkota Pahang dan Pemangku Raja Pahang. Istiadat pelantikan dan pemasyhuran itu berlangsung di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini di hadapan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang yang baru dimasyhurkan, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan […]

» Read more

Dimasyhur Tengku Mahkota

PEKAN 29 Jan–Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah melihat Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menandatangani surat selepas melafazkan ikrar taat setia dan menandatangani Surat Persembahan Ikrar Taat Setia disaksikan Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

» Read more

Pembatalan ECRL Pedihkan Rakyat, Jadi Cermin Ketidaksepakatan Kabinet PH

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Sahlah projek ECRL bagi negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung sudah dibatalkan dengan syarikat CCCC dari China, selepas ia banyak diperkatakan dan didedahkan oleh media sejak seminggu lalu. Jabatan Komunikasi Strategik Penerangan UMNO Malaysia menganggap pembatalan projek bernilai RM81 bilion itu amat memedihkan perasaan rakyat negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan yang sememangnya mengharapkan ia akan membantu meningkatkan […]

» Read more
1 253 254 255 256 257 268