Kerja Keras Untuk Kekalkan Kemenangan, Tawan Kerusi Kalah – Ahmad Maslan

SEMBRONG, 22 Feb – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berharap jentera parti dapat berusaha dengan lebih kuat agar dapat mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kahang. Begitu juga katanya, dengan kerja keras semua pihak itu pasti parti mampu merampas kerusi DUN Paloh. “Semoga dapat dikekal kemenangan di DUN Kahang dan dapat ditawan DUN […]

» Read more

BN Bakal Tampil Sekurang-kurangnya 30 Peratus Calon Muda – Hasni

JOHOR BAHRU, 21 Feb – Barisan Nasional (BN) bakal menampilkan sekurang-sekurangnya 30 peratus calon daripada golongan muda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad optimis langkah itu dapat meningkatkan peluang BN untuk memenangi PRN kelak. “Saya melihat secara umum Johor mempunyai jumlah muka baharu yang ramai termasuk calon muda di bawah 40 tahun. “Sekurang-kurangnya 30 […]

» Read more

Syabas Jentera BN Hidu Percaturan Licik PN/PH Dan Serang Balas Dengan Fakta

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan syabas kepada jentera BN yang menghidu percaturan licik Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) serta melakukan serangan balas untuk menyelamatkan Bangsa Johor daripada terpedaya sekali lagi. Kata Presiden UMNO itu, ini ekoran maklumat daripada jentera BN bahawa PN sedang melancarkan serangan terhadap BN […]

» Read more

Tindakan Muhyiddin Cubaan Takutkan Rakyat Dan Pelabur – Shahril

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan menempelak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah bertindak menakutkan rakyat dan pelabur melalui kenyataannya akan membongkarkan kedudukan kewangan negara. Katanya, beliau sebagai bekas Perdana Menteri tidak sewajarnya bertindak seperti itu kerana ketika pentadbirannya sendiri negara berdepan dengan kesan situasi luar jangka akibat penularan pandemik COVID-19 […]

» Read more

KPLB Sedia Bekerjasama Dengan SPR Jika MRSM Digunakan Sebagai Pusat Pengundian – Mahdzir

KUALA LUMPUR, 21 Feb – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digunakan sebagai pusat pengundian untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bulan depan. Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata KPLB tiada masalah untuk bekerjasama dengan SPR berhubung hal itu. “SPR adalah sebuah badan […]

» Read more

Kitar Semula Skrip PRU14… Zahid Ingatkan Ahli UMNO Pembangkang Mula Pasang Jerat

KUALA LUMPUR, 21 Feb – “Maka seluruh ahli UMNO ingatilah peribahasa pelanduk melupakan jerat, tetapi jerat tidak melupakan pelanduk dan mereka sedang memasang jerat sekali lagi.” Demikian tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kisah segelintir penyokong UMNO berjaya diperdaya oleh mereka yang belot kepada perjuangan parti pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) memang pahit untuk ditelan. […]

» Read more

UMNO Kekal Relevan Kerana Formula Membela Rakyat Jadi Keutamaan – Bung

KOTA KINABALU, 20 Feb – UMNO berjaya melalui pelbagai ujian sepanjang sejarah hayatnya yang berusia 75 tahun kerana berpegang kepada formula membela nasib rakyat keseluruhan, bukan berjuang untuk ahli parti semata-mata. Demikian dinyatakan oleh Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam perutusannya yang dikeluarkan di sini sempana sambutan 31 tahun UMNO bertapak di negeri di bawah bayu esok […]

» Read more
1 231 232 233 234 235 385