‘LIVE’ Malam Ini: ‘Miskin Bandar’ Jadi Topik Diskusi N49

SHAH ALAM, 25 Julai – Topik Diskusi N49 malam ini akan menyajikan isu sensasi iaitu ‘Miskin Bandar’ dengan membawa panel yang terdiri daripada Ahli Majlis Tertinggi (MT) Tan Sri Noh Omar yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang untuk berpasangan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar merangkap Ketua Pergerakan Wanita UMNO Selangor.

Diskusi yang boleh disaksikan secara langsung melalui laman facebook MediaUMNO ini akan bersiaran tepat pukul 9.00 malam dengan menampilkan Helmi Hanafi selaku moderator.

Melalui topik tersebut, para panelis akan membincangkan berkaitan kos kehidupan termasuklah harga barangan yang menjadi antara janji dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Diskusi N49 ini diadakan bersempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N49 Sungai Kandis yang mana hari pengundian akan diadakan pada 4 Ogos depan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.