Isu Hukuman Penjara Pesalah PKP Akan Dibincang

PUTRAJAYA, 5 April – Isu hukuman penjara terhadap pesalah yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dibincangkan antara Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara, dalam masa terdekat. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuas Khas Menteri-Menteri mengenai PKP, hari ini. “Mesyuarat bersetuju hari ini supaya pihak Peguam Negara, […]

» Read more

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Terhadap Penyebar Berita Palsu

PUTRAJAYA, 4 April – Sebanyak 184 kertas siasatan dibuka dan 20 kes didakwa di mahkamah sehingga semalam terhadap penyebar berita palsu mengenai COVID-19 di media sosial, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak akan berkompromi serta akan terus mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka […]

» Read more

Bantuan Prihatin Nasional Dipercepat, Terima Kasih Kerajaan Dengar Suara Rakyat – Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 4 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada kerajaan yang memaklumkan bahawa Bantuan Prihatin Nasional untuk rakyat dipercepatkan bermula Isnin depan. “Terima kasih kerajaan kerana mendengar rintihan dan suara hati rakyat agar dapat disegerakan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional bagi maklumat sudah sedia ada,” katanya dalam hantaran melalui Facebook […]

» Read more

Polis Boleh Guna Budi Bicara Benar Perjalanan Lebih 10km- Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 3 April – Polis dibenar menggunakan budi bicara untuk membenarkan orang ramai yang ingin melakukan perjalanan lebih 10 km bagi mendapatkan barangan makanan mahupun perubatan sekiranya terdapat keperluan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk perjalanan merentasi negeri walaupun sebelum ini peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa dua mengehadkan perjalanan haruslah tidak melebihi 10 […]

» Read more

COVID-19 : Harap Graf Menurun, Namun Jika Sebaliknya Kerajaan Perlu Pertimbangkan Beberapa Langkah – Shabery

KUALA LUMPUR, 3 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengharapkan graf bilangan mereka yang dijangkiti COVID-19 selepas 14 April depan menurun dan keadaan negara kembali normal. Menerusi catatannya di facebook, beliau turut memberikan beberapa cadangan seandainya hasil tidak seperti yang diharapkan dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berterusan. “Senario tersebut pastinya melumpuhkan ekonomi dan […]

» Read more

Tiada Lagi Kata Nasihat, PKP Kini Memasuki ‘Fasa Keras’

KUALA LUMPUR, 3 April – Awas! Tiada lagi pendekatan berlembut atau kata-kata nasihat, kepada mereka yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak fasa dua bermula pada Rabu hingga 14 April ini. Ini kata dua, yang dimaklumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, setelah didapati masih ramai yang keluar rumah tanpa alasan yang munasabah. […]

» Read more

Perlu Pandangan KKM Mengenai Bazar Ramadan – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 2 April – Keputusan sama ada bazar Ramadan akan diteruskan atau sebaliknya bergantung kepada pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) dan situasi semasa COVID-19 di negara ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau, yang juga Menteri Pertahanan, bagaimanapun berkata buat masa ini masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu. “Tidak ada perbincangan formal lagi tentang perkara […]

» Read more

KKM Keluarkan SOP Pelaksanaan Sanitasi Awam

PUTRAJAYA, 2 April – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan sanitasi awam yang lebih efektif bagi membendung penularan wabak COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini berikutan terdapat banyak aduan berhubung cara proses nyah cemar berkenaan dilaksanakan pada masa ini. “Ada yang mengadu tidak mengikut peraturan dan sebagainya, jadi KKM […]

» Read more

Rakyat Malaysia Pulang Dari Luar, Individu Masuki Malaysia Wajib Jalani Kuarantin Mulai Esok – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 2 April – Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan mana-mana individu yang memasuki negara ini diwajibkan menjalani kuarantin mulai esok. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia melibatkan semua laluan darat, udara dan laut di semua pintu masuk negara termasuk Sabah dan Sarawak. “Hari esok, 3 hari bulan (April) bermulanya kuarantin wajib kepada […]

» Read more

PKP: Penguatkuasaan Kini Memasuki Mod ‘Keras’ – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 2 April – Penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memasuki fasa ‘keras’ dalam usaha memastikan masyarakat patuh kepada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata meskipun terdapat penurunan jumlah penahanan individu dalam pemeriksaan dan sekatan jalan raya, namun masih ramai yang berdegil dalam mematuhi PKP. “Mulanya berlembut dan menasihati, […]

» Read more
1 202 203 204 205 206 245