Pergerakan Pulang Pelajar Dari Semenanjung Ke Sarawak Bermula Hari Ini – Noraini

PUTRAJAYA, 1 Mei – Pergerakan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dari Semenanjung ke Sarawak dan dari Sarawak ke Semenanjung bermula hari ini melibatkan seramai 575 pelajar, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad. Bagi pergerakan pelajar Semenanjung ke Sarawak, seramai 287 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak dibawa dengan 16 bas ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur […]

» Read more

Pembayaran Fasa Kedua BPN Bermula 4 Mei

KUALA LUMPUR, 28 April – Pembayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan dibuat bermula 4 Mei depan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata pembayaran tersebut meliputi kesemua penerima BPN terdiri daripada golongan B40 dan M40, sama ada isi rumah atau individu bujang. Menurutnya, sehingga 26 April, lebih 3.26 juta permohonan baharu dan rayuan telah […]

» Read more

PKPD Kampung Datuk Ibrahim Majid Tamat Esok – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 27 April – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang di Johor akan ditamatkan esok, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dalam sidang media harian mengenai PKP, beliau berkata segala sekatan di kawasan itu akan ditarik balik. Ismail Sabri berkata PKPD di […]

» Read more

COVID-19: Kerajaan Sabah Masih Gagal Bantu Rakyat Dengan Baik

KUALA LUMPUR, 23 April – Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, walaupun kerajaan negeri Sabah di bawah pentadbiran Parti Warisan mempunyai komitmen untuk melawan wabak COVID-19 ini namun penyalarasan mereka agak gagal. Jelas beliau, apabila rakyat susah dengan siapa lagi mahu mereka mengadu kalau bukan kerajaan negeri. “Memang kita tahu semua negeri susah tapi sebagai sebuah kerajaan […]

» Read more

Memperkasa Peranan Malaysia Di Timur Tengah

KUALA LUMPUR 22 APRIL — Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien mengadakan pertemuan pertama kali dengan Presiden PAS, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas beliau dilantik selaku Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah pada 2 April lepas bagi membincangkan tanggungjawab memperkasa peranan Malaysia di Timur Tengah khususnya dalam menghadapi cabaran situasi geopolitik yang […]

» Read more

COVID-19: Ujian Kekuatan Tingkatkan Amalan Di Bulan Ramadan – Sultan Mizan

KUALA TERENGGANU, 22 April – Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru rakyat negeri ini agar menjadikan wabak pandemik COVID-19 sebagai satu ujian kekuatan untuk melipatgandakan amalan terutama sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini. Baginda bertitah sekiranya wabak COVID-19 ini masih berterusan dan larangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diteruskan, suasana Ramadan tahun ini pasti akan berbeza yang tiada lagi kelaziman […]

» Read more

Rizab Antarabangsa Bank Negara Berjumlah US$102 Bilion Pada 15 April, 2020

KUALA LUMPUR, 22 April – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$102.0 bilion pada 15 April 2020. Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.9 bulan import tertangguh dan 1.1 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing (US$94.7 bilion), kedudukan […]

» Read more

Tahniah ‘Frontliners’, Syabas Rakyat… Terus Patuhi Arahan Kerajaan Putuskan Rangkaian COVID-19

KUALA LUMPUR, 22 April – Penghargaan dan ucapan tahniah serta terima kasih bukan hanya untuk para petugas barisan hadapan (frontliners) tetapi rakyat juga wajar menerima pujian kerana kepatuhan masyarakat terhadap Perintah Kawalan Perpegarakan (PKP) dalam membantu kerajaan menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti. Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata pendekatan kerajaan Malaysia meletakkan negara dalam tempoh […]

» Read more

Boleh Pasang Internet Waktu PKP – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 18 April – Perkhidmatan pemasangan dan penyediaan Internet di kawasan kediaman sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah dibenarkan, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sebelum pemasangan dilakukan di rumah pelanggan, syarikat penyediaan perkhidmatan itu perlu memaklumkan kepada polis sewaktu melalui sekatan jalan raya. “Keperluan Internet dan sebagainya merupakan keperluan asas hari ini. Ia […]

» Read more

Orang Ramai Perlu Terus Patuh PKP Ke Arah Sifar Kes Positif COVID-19

PUTRAJAYA, 18 April – Orang ramai perlu terus patuh dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak keluar rumah dengan sewenang-wenangnya bagi mencapai matlamat memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun jumlah kes positif yang direkodkan sejak dua hari lalu telah mencatatkan penurunan namun negara masih belum mencapai angka sifar kes positif COVID-19. […]

» Read more
1 198 199 200 201 202 245