Muafakat Nasional: Ke Arah Martabat Perpaduan, Kembalikan Kestabilan Sosial Dan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 15 Sept – Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun melihat permuafakatan UMNO-PAS merupakan satu titik tolak ke arah memartabatkan perpaduan negara menjadi lebih baik dan mengembalikan kestabilan sosial ekonomi yang lebih kukuh. Katanya, beliau yakin permuafakatan ini bukan berhasrat menjerumuskan UMNO dan PAS ke arena politik perkauman dan bukan berkepentingan politik semata-mata sebagaimana tohmahan liar yang […]

» Read more

Lebih 100,000 Berhimpun Beri Sokongan, Muafakat Nasional Tawaran Terbaik Untuk Negara

ALHAMDULILLAH, Himpunan Penyatuan Ummah #HPU914 menutup tirai dengan dengan penuh jayanya, harmoni dan semangat ukhwah di mana kemuncak termeterainya piagam Muafakat Nasional. Sejarah politik tanah air tercipta, dua buah parti terbesar orang Melayu/Islam menunjukkan kesepakatan merealisasikan agenda perpaduan ummah apabila secara rasminya Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani piagam […]

» Read more

#HPU914: Jerebu Tak Halang Ribuan Rakyat Banjiri Ceramah Perdana

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Biarpun jerebu melanda dengan indeks bacaan IPU mencapai tidak sihat namun ia tidak menghalang ribuan rakyat tanpa mengira latar belakang ideologi politik dan perjuangan dari seluruh pelosok negara berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebagai tanda sokongan terhadap Himpunan Penyatuan Ummah. Malam ini, para pendukung serta penyokong himpunan yang berpakaian putih mula membanjiri Plaza […]

» Read more

PWTC Bertukar Hening, Peserta Hayati Puisi ‘Warkah Untuk Tanah Melayu dari Al-Aqsa’

  KUALA LUMPUR, 13 Sept – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menjadi lokasi Himpunan Penyatuan Ummah hari ini bertukar sayu dan hening apabila bacaan puisi oleh Exco Pergerakan Puteri UMNO, Fadwah Anuwar menusuk kalbu. Puisi yang dibacakan Fadwa berjudul ‘Warkah Untuk Tanah Melayu dari Al-Aqsa’ karya Nisah Haron telah diterbitkan di dalam Dewan Sastera Julai 2011 dan telah dideklamasi […]

» Read more

#HPU914: PWTC Mula Dibanjiri Peserta, Sokong Himpunan Penyatuan Ummah

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini yang menjadi lokasi Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) mula menjadi tumpuan khalayak yang menyokong penyatuan dan kerjasama antara dua parti terbesar Melayu Islam, UMNO dan PAS. Seawal 7.00 pagi para peserta himpunan terbabit telah berada di PWTC dan jumlahnya dijangka bertambah dari semasa ke semasa. #HPU914 yang bermula hari […]

» Read more

Persiapan Lancar, Lebih 10,000 Bakal Berhimpun Jayakan #HPU914

KUALA LUMPUR, 5 Sept – Persiapan Himpunan Penyatuan Ummah (#HPU914) yang bakal berlangsung bermula 13-14 Sept nanti lancar. Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, secara keseluruhan lebih 70 peratus persediaan telahpun selesai dan beberapa perkara lagi sedang dalam pelaksanaan yang akan siap sepenuhnya pada tarikh berkenaan. “Setakat ini persiapan yang kita jalankan lancar… semua pihak memainkan peranan yang […]

» Read more
1 173 174 175 176 177 239