Meneruskan Perjuangan

ALOR GAJAH 9 Sep — Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama Barisan Kepimpinan Pemuda UMNO Ledang dalam Halaqah Ilmu Pemuda (HIP) yang diadakan di Alor Gajah Melaka. Turut bersama sahabat-sahabat saya Ketua Pemuda Melaka Fairul Nizam, Ketua Pemuda NSembilan Datuk Zaidy dan Naib Ketua Pemuda Negeri Johor Sdr Farid.

» Read more

MCA Sifatkan PRK Dun Balakong Isyarat Untuk Lebih Agresif Dekati Rakyat

BALAKONG, 27 Ogos – Pengarah PRK DUN Balakong parti itu, Datin Paduka Chiew Mei Fun berkata Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong adalah sebagai peringatan kepada semua anggota MCA bahawa parti tersebut perlu lebih agresif mendekati rakyat. “PRK ini adalah kali pertama MCA bertanding atas logo sendiri dan disebabkan sejak ditubuhkan parti itu sentiasa bekerjasama tanpa mengira […]

» Read more

Ambil Iktibar Kesan Pemansuhan ISA Sebelum Mansuh SOSMA – Musa Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Apa yang berlaku selepas pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 harus menjadi pengajaran kepada kerajaan hari ini dalam pertimbangannya untuk memansuhkan undang-undang pencegahan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), kata bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan. “Kita sudah mansuh […]

» Read more

Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat Selangor Hanya Tinggal Kenangan – Rosni

SHAH ALAM, 26 Julai – Rumah mampu milik yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Selangor kini hanya tinggal kenang-kenangan sahaja kepada rakyat ekoran kerajaan Selangor sendiri mengumumkan projek perumahan mampu milik akhirnya dibatalkan, demikian kata ADUN Hulu Bernam, Datuk Rosni Sohar. Jelasnya, sudah pasti sebahagian besar rakyat di negeri ini, khususnya yang terdiri daripada golongan berpendapatan sederhana amat kecewa dengan keputusan […]

» Read more

Sebanyak 16 Daripada 26 Bahagian UMNO Di Johor Saksikan Pertandingan Sabtu Ini

JOHOR BAHRU, 25 Jun – Sebanyak 16 daripada 26 Bahagian UMNO di Johor akan menyaksikan pertandingan jawatan Ketua Bahagian bagi penggal 2018 hingga 2021 pada pemilihan parti itu Sabtu ini. Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Md Jais Sarday berkata 10 bahagian lagi tidak mempunyai pertandingan selepas Ketua Bahagian masing-masing menang tanpa bertanding. “Sembilan daripada 10 ketua bahagian itu mempertahankan jawatan masing-masing manakala seorang lagi merupakan muka […]

» Read more

UMNO Papar Calon Yang Layak Bertanding Pemilihan UMNO 2018

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memaklumkan bahawa Ibu Pejabat UMNO telah membuat semakan terhadap calon-calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO 2018. Katanya, senarai calon-calon bagi peringkat pusat yang telah disemak oleh pihak insolvensi dan juga mencukupi syarat-syarat yang ditetapkan untuk bertanding boleh dimuatturun menerusi http://www.umno-online.my/calonpemilihan2018/ “Bagi senarai peringkat […]

» Read more

Keputusan Empat Parti Di Sarawak Keluar BN Perlu Dihormati

ALOR SETAR, 12 Jun – Keputusan empat parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sarawak untuk meninggalkan gabungan berkenaan bagi membentuk pakatan baharu dinamakan Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu dihormati. Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata anggota UMNO serta BN tidak perlu bersedih kerana masih ramai anggota yang tetap setia bersama gabungan berkenaan. “Atas sifat sebuah negeri yang […]

» Read more

19 Lagi Adun Sabah Angkat Sumpah Hari Ini

KOTA KINABALU, 12 Jun – Seramai 19 daripada 21 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang tidak menghadiri persidangan khas DUN semalam, mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Datuk Syed Abbas Syed Ali, hari ini. Kesemua mereka iaitu sembilan daripada UMNO; enam daripada Parti Bersatu Sabah); dua wakil Parti Solidariti Tanah Airku serta masing-masing seorang daripada Parti Bersatu Rakyat Sabah […]

» Read more

Kerajaan PH Batal Projek Bermanfaat Untuk Rakyat, Menghukum Atau Balas Dendam?

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memberhentikan pelbagai inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti dalam kajian ianya memberi manfaat besar kepada rakyat. Menurut Najib, beliau tidak kisah jika kerajaan PH mahu memadamkan segala legasi sepanjang sembilan tahun beliau mentadbir negara hinggakan terdapat laporan yang […]

» Read more

Kemelut MB Perlis Selesai, Semua Adun BN Akur Keputusan Raja Perlis

KANGAR, 5 Jun – Kesemua sembilan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) akur dengan pelantikan Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar manakala pelantikan dan istiadat angkat sumpah anggota Exco dijangka selesai sebelum Aidilfitri ini. ADUN Chuping Asmaiza Ahmad berkata pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang dimaklumkan mengenai keputusan itu juga tidak membantah. ”Keputusan […]

» Read more
1 163 164 165 166