Gerak Kerja Dalam Kabinet Harus Jadi Penilaian, Jangan Mudah Buat Kesimpulan – Khairy

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan segala yang diputuskan oleh parti menerusi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) iaitu tidak akan kerjasama dengan PPBM pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan terus dipegang selain keputusan untuk menyokong Perdana Menteri (PM) di dalam kerajaan sedia ada hari ini. Menurut beliau yang juga Menteri Kesihatan, menteri-menteri daripada UMNO yang […]

» Read more

Khairy Tegaskan Sumbangan Kepada Kerajaan Mewakili UMNO, Demi Keselamatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Dis – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa sumbangan beliau kepada kerajaan harus dilihat dari sudut bagaimana pelaksanaan tugas dilakukan kerana beliau menjadi menteri yang mewakili UMNO. Oleh itu katanya yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau merangkap Ahli Parlimen terbabit memaklumkan bahawa beliau berusaha menjalankan tugas dengan baik dan itu sumbangan kepada rakyat mewakili parti iaitu […]

» Read more

UMNO/BN Lebih Selesa Sendiri, Jangan Berpaut Pada Kekuatan Pihak Lain – Ahmad Maslan

BENTONG, 30 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berpandangan adalah lebih baik buat parti untuk memperkukuh kepada kekuatan sendiri berbanding mengharapkan kepada pihak lain. Katanya ini kerana, hakikat tersebut diakui kebenarannya apabila langkah UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk bertanding solo di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka membuahkan hasil apabila memperoleh undi selesa. “Memautkan kekuatan pada orang lain ini […]

» Read more

Pastikan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia Dilaksana Secara Menyeluruh – PM

KUALA LUMPUR, 29 Dis – Kerajaan akan memastikan segala bantuan dan kemudahan kepada mangsa banjir dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh di bawah Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dengan nilai keseluruhan RM1.4 bilion. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata di bawah inisiatif itu, kerajaan turut melaksanakan beberapa penambahbaikan berhubung Bantuan Wang Ihsan (BWI) antaranya RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah […]

» Read more

Segerakan Bantuan Mangsa Banjir – Ahmad Maslan

AYER LIMAU, 29 Dis – Ramai mangsa banjir memerlukan bantuan kewangan ekoran bencana alam yang menyebabkan kerosakan teruk rumah mereka, demikian tegas Setiausaha Agung UMNO (SUA) Datuk Seri Ahmad Maslan. Sehubungan itu, beliang menggesa agar semua pihak yang terlibat terutama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dapat mempermudahkan penyaluran sebarang bentuk bantuan kepada mangsa banjir dengan kadar segera. “Kita berharap agar […]

» Read more

Southern Volunteers Jadi Sebahagian JPBN Johor – Hasni

ISKANDAR PUTERI, 28 Dis – Pasukan sukarelawan Southern Volunteers (SV) kini menjadi anggota jawatankuasa tetap dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, sebagai sebahagian usaha kerajaan negeri menghadapi banjir. Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata persiapan menghadapi banjir perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk pascabanjir supaya sukarelawan SV dapat digerakkan untuk memberikan bantuan. “Saya telah bersetuju supaya SV ini jadi jawatankuasa […]

» Read more

Pelantikan Sebagai Timbalan Speaker, Penghormatan Buat Pemimpin Muda – Khaidhirah

MELAKA, 27 Dis – Datuk Khaidhirah Abu Zahar, wanita pertama dilantik memegang jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang baharu, menyifatkan pelantikannya sebagai penghormatan untuk mengangkat pemimpin muda khususnya golongan wanita di negeri itu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim itu berkata pelantikan tersebut membuktikan kerajaan negeri Melaka sentiasa memartabatkan peranan golongan tersebut dalam pentadbiran dan pengurusan negeri […]

» Read more
1 159 160 161 162 163 274