Kemenangan Gambarkan Keikhlasan Kerjasama UMNO-Pas – Noraini

KUALA LUMPUR 3 Mac – Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad menganggap kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih jelas menggambarkan keikhlasan kerjasama UMNO dan Pas. Baginya, kerjasama kedua-dua parti ternyata mendapat sokongan besar majoriti umat Islam. Jelasnya, kemenangan BN di Semenyih juga boleh dianggap sebagai referendum protes rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan […]

» Read more

UMNO-PAS: Sejarah Baru Penyatuan Dan Solidariti Ummah Bakal Tercipta – Annuar Musa

KUALA LUMPUR, 1 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa UMNO dan PAS sama-sama bersetuju untuk maju setapak lagi ke hadapan dalam usaha membentuk penyatuan dan solidariti ummah dalam konteks negara majmuk berbilang bangsa demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Katanya, setelah kejayaan demi kejayaan muafakat sebelum ini, serta sambutan luar biasa rakyat terhadap inisiatif bersejarah […]

» Read more

UMNO Dan PAS Sepakat Desak Pihak Berkuasa Segerakan Siasatan Lelaki Hina Nabi

SEMENYIH, 27 Feb – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia bersama Muslimat PAS mendesak agar pihak berkuasa menyegerakan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook Foo Sing Wai, berikutan tindakannya menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri, Saidatina Aishah. Ketua Pergerakan Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, tindakan lelaki tersebut memuat naik status menghina Nabi junjungan Rasulullah sangat mengguris perasaan umat […]

» Read more

PRK Semenyih Jadi Tarikan Keahlian Baru Sertai UMNO

SEMENYIH, 25 Feb – UMNO mendapat suntikan semangat dengan permohonan keahlian baru melibatkan golongan muda di UMNO Cawangan Sungai Kembong Hilir. Borang permohonan keahlian tersebut diterima sendiri oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, di sini yang melibatkan seramai 25 orang pemuda, Wanita seramai lima orang dan Puteri dua orang. Cawangan ini merupakan cawangan yang pertama di […]

» Read more

Penyatuan UMNO-PAS Bukan Rasis

PARIT 21 Feb. – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan penyatuan UMNO dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih bukanlah bersifat rasis totok. Beliau berkata, sebaliknya, kedua-dua parti itu memahami bahawa negara ini terdiri daripada rakyat berbilang kaum, justeru tidak sesekali akan meminggirkan kaum bukan Melayu. “Saya boleh tegaskan kepada masyarakat Cina dan India, walaupun nampak ada […]

» Read more

‘Walkabout’ Puteri UMNO Dapat Dengar Sendiri Rungutan Rakyat – Zahida

SEMENYIH, 20 Feb – Tinjauan dan ‘walkabout’ Puteri UMNO bersama rakan-rakan jentera lain di beberapa kawasan Pilihan Raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memperlihatkan pelbagai rungutan terhadap kerajaan yang ada hari ini dan pada masa yang sama mendapat maklum balas positif berkaitan calon Barisan Nasional (BN) khususnya daripada golongan wanita muda. Kru UMNO-Online yang turut sama dengan Ketua […]

» Read more

Kerjasama Wanita BN dan Muslimah PAS

KAJANG, 16 Februari —  Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia Datuk Dr Noraini Ahmad bersama  Ketua Muslimah PAS Malaysia YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh dan jentera lain di dalam jamuan ringan selepas Pelancaran Kor Munajat Akifi di Dewan Serbaguna Bandar Teknologi Kajang petang tadi tadi. Foto:MediaUMNO

» Read more

Wakil Rakyat UMNO Yang Keluar Parti Akan Disaman – Annuar Musa

KOTA KINABALU, 8 Feb – Bekas anggota UMNO Sabah yang bertanding atas tiket Barisan Nasional dalam PRU Ke-14 lepas dan keluar parti itu bakal menerima saman daripada UMNO, kata Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa. Beliau berkata tindakan undang-undang itu akan diambil terhadap anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang bertanding dalam pilihan raya umum lepas. “Tindakan undang-undang itu diambil bukan untuk menghalang keputusan mereka […]

» Read more
1 146 147 148 149 150 319