Sentiasa Beri Khidmat Bakti, Arrif Tidak Asing Bagi Penduduk Padang Rengas

PADANG RENGAS, 13 Nov – Berperwatakan mudah mesra dan hampir dua dekad memberi khidmat bakti kepada rakyat membuatkan calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Padang Rengas, Datuk Mohd Arrif Abdul Majid dikenali dan tidak asing di mata penduduk di kawasan itu. Anak jati kelahiran Kampung Jamuan, di sini itu berkata, sepanjang tempoh berkempen, rata-rata masyarakat yang dijumpai akan menyapanya […]

» Read more

Pihak Lawan Perjudi Nasib Mereka… Naratif Banjir Nilai Tambah Buat BN

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) telah memperjudikan nasib mereka dengan menggunakan naratif banjir sehingga tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri jajahan takluk mereka. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sekiranya apa yang diramalkan oleh mereka tidak berlaku sama sekali, sudah pastinya ia akan memberi nilai […]

» Read more

Golongan Muda Harap BN Menang, Perjuang Nasib Rakyat Pelbagai Aspek

JOHOR, 13 Nov – Golongan muda berharap agar kemenangan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan berpihak pada Barisan Nasional (BN) bagi memperjuangkan nasib mereka dalam pelbagai aspek. Menjelaskan perkara itu, Menteri Besar Johor merangkap Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia dilihat berdasarkan beberapa program yang dianjurkan mendapat sambutan sangat positif daripada golongan berkenaan, sekali […]

» Read more

Pamer Solidariti, Jaga Nama Baik Parti – Ismail Sabri

BERA, 13 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menasihatkan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk mempamerkan semangat solidariti dan menjaga nama baik parti dalam berhadapan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata rakyat memerhati sepanjang tempoh berkempen dan pertikaian antara pemimpin boleh menimbulkan spekulasi berkaitan calon dan parti. Katanya […]

» Read more

Mashitah Terima Pelbagai Keluhan Rakyat, Penyandang Parlimen Abai Keperluan Asas

KUALA KEDAH, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kuala Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim memaklumkan sepanjang berkempen beliau menerima pelbagai rungutan daripada masyarakat setempat berkenaan hak mereka yang dinafikan. Katanya, ini kerana kemudahan asas dan infrastruktur tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada penyandang di kawasan ini. “Rakyat yang saya temui bercerita betapa mereka ini berasa terseksa sudah 15 […]

» Read more

Kerjasama GRS, BN Sabah Yakinkan Rakyat, Peroleh Mandat PRU-15

SABAH, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Libaran, Datuk Suhaimi Nasir yakin kemenangan akan berpihak kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dengan usaha sama rakan parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti komponen BN. Katanya, dengan kerjasama itu, sudah pasti ia dapat meyakinkan masyarakat Sabah keseluruhannya, sekali gus tidak akan memberi ruang dan peluang kepada pihak lain […]

» Read more

Pilih Yang Kompetan… Era Baharu Apa Mereka Nak Bawa Sedangkan BN Dah Laksana

PUTRAJAYA, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menempelak parti lawan khususnya berkaitan manifesto yang mereka tawarkan sedangkan pelbagai janji yang sebelum ini ditabur tak dilaksana. Dalam hal ini, beliau mempersoalkan lawannya di Putrajaya dari Parti Perikatan Nasional (PN), Datuk Mohd Radzi Jidin yang menyandang jawatan Menteri Pendidikan lantaran tidak membuat apa-apa […]

» Read more

Ahli UMNO/BN Arau Pegang Janji Sebagai Pendukung Parti – Rozabil

ARAU, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman memaklumkan beliau akan berjumpa seramai mungkin rakyat di kawasan ini bagi memperkenalkan dirinya menjaga amanah kemenangan parti pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Beliau percaya bahawa dengan gerak kerja yang dilakukan oleh jentera akan memberikan impak terbaik dalam memenangi hati pengundi. “Sekarang ni saya […]

» Read more

Sokong Calon Parti Lawan, Dua Ketua Wanita Bahagian Digantung Keseluruhan Jawatan Sementara

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datin Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim digantung keseluruhan jawatan di peringkat cawangan serta bahagian untuk sementara waktu akibat terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini. Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh […]

» Read more

Proses Demokrasi Pilih Kerajaan Terbaik Untuk Rakyat Dan Negara – Khaled

  KOTA TINGGI, 13 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata proses demokrasi membolehkan sesebuah kerajaan yang dipilih adalah yang terbaik untuk rakyat dan negara. Justeru katanya yang juga Naib Presiden UMNO, pertandingan dalam pilihan raya bukanlah untuk mencapai kemenangan semata-mata tetapi ianya juga adalah kemenangan untuk rakyat. “Proses demokrasi membolehkan kita  […]

» Read more
1 864 865 866 867 868 2,038