Golongan Muda Harap BN Menang, Perjuang Nasib Rakyat Pelbagai Aspek

JOHOR, 13 Nov – Golongan muda berharap agar kemenangan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan berpihak pada Barisan Nasional (BN) bagi memperjuangkan nasib mereka dalam pelbagai aspek.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Besar Johor merangkap Pengarah Operasi Pilihan Raya BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia dilihat berdasarkan beberapa program yang dianjurkan mendapat sambutan sangat positif daripada golongan berkenaan, sekali gus diyakini parti itu akan peroleh kemenangan termasuk undian daripada golongan muda.

Tambahnya, sokongan itu juga turut termasuk penduduk daripada kaum Melayu, Cina dan juga India.

“Alhamdulillah, saya yakin sokongan sudah kembali kepada BN jadi atas kesempatan ini saya memohon agar mereka terus memberikan sokongan kepada BN pada 19 November ini.

“Sokongan ini bertujuan untuk memastikan momentum kecemerlangan dan kestabilan yang sedang dilakar di negeri ini dapat diteruskan demi kesejahteraan Johor,” katanya.

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut menyangkal kenyataan dibuat Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Felda bukan lagi kubu kuat BN.

Menyifatkan ia sebagai kenyataan yang tidak berasas, jelas Onn lagi, kenyataan Muyiddin itu tidak bersandarkan kepada fakta kerana jika dilihat dari ‘rack record’kerajaan BN terus membela warga Felda sehingga hari ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.