Kalimah Allah: Agong Zahir Kegusaran, Titah Kerajaan Harmonikan Keadaan

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kegusaran berhubung isu penggunaan kalimah “Allah” yang dikhuatiri menjadi polemik berlarutan dan boleh menjejaskan perpaduan nasional dan kesejahteraan negara jika tidak diselesaikan segera. Al-Sultan Abdullah bertitah ini memandangkan polemik penggunaan kalimah Allah, bukan merupakan perdebatan berhubung terminologi dan linguistik, sebaliknya berkait isu akidah umat Islam […]

» Read more

Pimpinan Dan Ahli UMNO Ucap Tahniah Hari Keputeraan Agong

KUALA LUMPUR, 5 Jun – Pimpinan UMNO dan seluruh ahli di seluruh negara merafak sembah dan merakamkan ucapan tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong hari ini. Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi akuan Facebook mendoakan agar pemerintahan Yang di-Pertuan Agong […]

» Read more

Jeffery Gesa Pemimpin UMNO Manfaatkan Koperasi Bantu Golongan B40

PUTATAN, 5 Jun – Gerakan koperasi boleh memainkan peranan besar dalam membantu golongan isi rumah B40 bagi menangani peningkatan kos sara hidup, malah disifatkan sebagai satu model keusahawanan sosial yang tidak menjadikan keuntungan sebagai matlamat utama sebaliknya memberi manfaat kesejahteraan kepada ahli dan masyarakat secara amnya. Menurut Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffery Nor Mohamed, pemimpin UMNO perlu aplikasi peranan yang […]

» Read more

UMNO Sebagai Parti Melayu Terbesar Main Peranan Tersendiri, Pengukuhan Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 5 Jun – UMNO sebagai parti Melayu terbesar memainkan peranan tersendiri dalam pengukuhan Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias. Menurut beliau, UMNO membuktikan kewibawaan kerana meskipun berdepan pelbagai cabaran sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) , namun masih terus relevan mendepani turun naik arus politik negara. “Orang ramai mahu melihat bagaimana […]

» Read more

Kestabilan Politik Malaysia Penting Bagi Depani Situasi Di Asia Pasifik – Mohamad

SINGAPURA, 5 Jun – Tidak dinafikan kestabilan politik di Malaysia adalah penting dalam mendepani situasi di Asia Pasifik kerana pembangunan keupayaan pertahanan negara mengambil tempoh masa yang panjang Ini memerlukan sokongan dasar yang konsisten bagi memastikan pelaksanaan Kertas Putih Pertahanan berjalan lancar serta mengikut jadual dalam memastikan “Malaysia kekal berdaulat, selamat dan makmur.” Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata […]

» Read more

Noh Omar Harus Contohi Panglima Perang Islam – Jamal

SUNGAI BESAR, 4 Jun – Tan Sri Noh Omar tidak harus berpaling arah sebaliknya mencontohi sikap Panglima Perang, Saidina Khalid al Walid r.a yang taat kepada kepimpinannya. Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menzahirkan kekecewaan terhadap sikap bekas pemimpin UMNO itu yang bersama-sama di atas pentas Perikatan Nasional (PN) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di […]

» Read more

Jangan Jadikan Isu Agama Sebagai Polemik, Perbalahan Politik – Agong

KUALA LUMPUR, 4 Jun- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar seluruh rakyat Malaysia tidak menjadikan isu agama sebagai polemik dan perbalahan politik. Al-Sultan Abdullah bertitah semua pihak perlu menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang dinyatakan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam. “Namun demikian, agama-agama lain […]

» Read more

PAU 2023: Akar Umbi Perlu Lapang Dada Dengan Kehadiran Pemimpin Parti Kerajaan Perpaduan

JOHOR BAHRU, 4 Jun – Akar umbi UMNO perlu berlapang dada dengan kehadiran wakil parti dalam Kerajaan Perpaduan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perhimpunan Agung UMNO 2023 pada 7 hingga 10 Jun ini, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan. Beliau berkata ini kerana langkah menjemput wakil-wakil daripada 19 parti politik dalam Kerajaan Perpaduan termasuk […]

» Read more

Tempoh Pengajian 44 Program Dipendekkan Kepada Tiga Tahun – Khaled

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengenal pasti 44 program pengajian di sembilan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk dipendekkan tempoh pengajian dari empat tahun kepada tiga tahun. Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pemendekan tempoh pembelajaran itu akan dapat membantu mengurangkan jumlah pinjaman atau kos pengajian yang perlu ditanggung oleh pelajar. “Pada masa yang […]

» Read more

PAU 2023 Inspirasi Golongan Muda Teruskan Perjuangan Agama, Bangsa, Negara

KUALA LUMPUR, 4 Jun – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 diadakan bermula 7 hingga 10 Jun depan dengan pelbagai pengisian yang tentunya bakal memanifestasikan harapan untuk masa hadapan. Bagi Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nik Zakirah Zakimi Na Rahim, menganggap PAU 2023 adalah inspirasi kepada golongan muda dalam usaha meneruskan perjuangan UMNO yang berpaksikan agama, bangsa dan negara. Ujarnya, keterujaan […]

» Read more
1 716 717 718 719 720 2,040