Ahmad Zahid Optimis Kedah, Terengganu Boleh Dimenangi BN-PH

KOTA BHARU, 29 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis pentadbiran negeri di Terengganu dan Kedah akan dapat dikuasai gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Beliau berkata ia kerana Terengganu dan Kedah yang boleh dianggap sebagai ‘swing state’ pernah bertukar pemerintahan beberapa kali antara BN dan PAS. […]

» Read more

Manfaat Minggu Kempen, Gerak Kerja Terbaik Bertemu Pengundi – Mohamad

REMBAU, 29 Julai – Berhadapan minggu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, Timbalan Presiden UMNO yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan akan melaksana gerak kerja terbaik untuk bertemu pengundi. Mengakui tempoh berkempen dua minggu ini singkat, beliau berharap jentera parti serta penceramah BN melaksakan tugas sebaiknya dalam menyantuni pengundi […]

» Read more

Mahdzir Mahu Ulangi Kejayaan Calon ‘Underdog’ Rampas DUN Pedu

PADANG TERAP, 29 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu mengulangi kejayaannya pada 2004 dan 2008 sebagai calon ‘underdog’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu. Menurut beliau, situasi yang dialaminya kini hampir menyamai tahun 2004 apabila kembali bertanding DUN Pedu dan berjaya merampas kerusi berkenaan daripada wakil rakyat Pas. Kejayaan lalu itu bagaimanapun dianggapnya sebagai […]

» Read more

Kemajuan Selangor Buka Peluang Pekerjaan Kepada Rakyat Sabah – Bung Moktar

GOMBAK, 29 Julai – Kemajuan dan kemakmuran negeri Selangor membolehkan lebih 100,000 rakyat Sabah mendapat peluang pekerjaan di negeri itu. Pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata ini menunjukkan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari berada di landasan betul meneruskan kemajuan di negeri itu. “Kira-kira 160,000 rakyat Sabah datang dan bekerja di sini (Selangor) […]

» Read more

Rakyat Kelantan Perlu Pilih Calon Tepat, Nikmati Lebih Banyak Pembangunan – Ahmad Zahid

PASIR MAS, 29 Julai – Rakyat di Kelantan perlu membuat keputusan yang tepat dengan memilih calon daripada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bagi membolehkan lebih banyak peruntukan disalurkan oleh kerajaan Pusat. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpendapat rakyat Kelantan telah menderita dan sengsara selama 33 tahun di bawah pentadbiran […]

» Read more

Pilih Calon Nombor Satu Untuk DUN Permaisuri – Hamdan

SETIU, 29 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Hamdan Hamzah berharap pengundi di kawasan berkenaan akan dapat memberikan kepercayaan kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu 12 Ogos depan. Menurut beliau segala kepercayaan yang diberikan itu akan dilaksanakan sebaik mungkin dalam usaha melaksanakan tugas serta tanggungjawab kepada seluruh masyarakat di kawasan tersebut. “Alhamdulillah proses […]

» Read more

Calon BN Tidak Gentar Bertembung Dengan Sanusi Di Jeneri

SIK, 29 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim tidak gentar menghadapi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos ini. Muhammad Khizri berkata beliau tetap optimis boleh memberikan cabaran sengit kepada Muhammad Sanusi walaupun Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) […]

» Read more

Momentum Pengundi, Akar Umbi Semakin Positif Demi Masa Depan – Mahdzir

  PEDU, 29 Julai – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu bagi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sokongan dari akar umbi sudah nampak perubahan yang cukup positif. Menurutnya, kesan positif ini cukup bermakna kerana pada pilihan raya kali ini BN bersama Pakatan Harapan (PH) yang mengutamakan kepentingan dan masa depan rakyat.“Momentum pada hari penamaan calon ini dah […]

» Read more

Pertembungan Satu Lawan Satu Di DUN Permaisuri

SETIU, 29 Julai – Suasana Pusat penamaan calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu berjalan lancar dan menyaksikan pertembungan satu lawan satu. Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu yang merupakan lokasi pusat penamaan calon menjadi tumpuan penyokong kedua-dua belah parti sejak awal pagi dengan masing-masing menaikkan ‘banner’ dan bendera parti. Calon Barisan Nasional (BN), Hamdan […]

» Read more

Tok Mat Sah Tanding Pertahan DUN Rantau, Berdepan Dua Penjuru

REMBAU, 29 Julai – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sah sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bagi mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Mohamad menghadapi saingan dua penjuru daripada Perikatan Nasional (PN) yang mengetengahkan Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan. Kedua mereka tiba bersama-sama penyokong dan pencadang masing-masing antara 9 pagi tadi. Senarai calon […]

» Read more
1 665 666 667 668 669 2,038