Ketengah Calon Baharu, Muda Bukti UMNO/BN Tidak Ketandusan Pemimpin

TAMPIN, 1 Ogos – Keterbukaan parti yang memberi kepercayaan kepada calon daripada Pergerakan Pemuda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) memberikan signal bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan pemimpin baharu. Bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar, beliau meluahkan kesyukuran kerana diberikan amanah ini dalam meneruskan khidmat bakti kepada rakyat. “UMNO/BN tidak ketandusan pemimpin muda, saya juga adalah daripada […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Bukan Kosmetik Politik, Kerjasama Hingga Ke Akar Umbi – Megat Zulkarnain

SHAH ALAM, 1 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan bukanlah sebagai satu kosmetik politik dan bukan juga satu gambaran untuk mengkaburkan mata rakyat. Sebaliknya kata beliau, Kerajaan Perpaduan ini benar-benar wujud demi kepentingan rakyat secara keseluruhan sebagaimana kerjasama yang dilaksana dari peringkat atas hinggalah kepada gerak kerja jentera di akar umbi. […]

» Read more

PRN: Ahmad Deraman Mahu Kekalkan Kerusi Kok Lanas Sebagai Tradisi Parti

  KOK LANAS, 1 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, Ahmad Deraman bertekad untuk mengekalkan kerusi tradisi parti itu dan menyambung tugas penyandangnya sebelum ini. Ketika ditemui UMNO Online, beliau melahirkan rasa terharu kerana telah diberi peluang oleh penyandang kerusi tersebut iaitu Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad bagi meneruskan legasi perjuangan […]

» Read more

Kerjasama BN-PH Terbentuk Begitu Baik, Tonjol Keikhlasan Dalam Usaha ‘Ubah Kelantan’

KOTA BHARU, 1 Ogos – Kerjasama jentera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) atas nama Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini memperlihatkan keikhlasan kedua-dua parti dalam usaha mengubah pentadbiran sedia ada di Kelantan. Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, Mohamed Hasnan Che Hussin berkata, proses berkempen berjalan amat lancar tanpa sebarang kemaslahatan. […]

» Read more

PH-BN Lancar Tawaran Kita Selangor, Jadikan Selangor Antara Negeri Termaju Di Asia

SHAH ALAM, 31 Julai – Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) malam ini melancarkan Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad Untuk Lima Tahun Selangor yang mengandungi lima teras utama sebagai tawaran kepada rakyat Selangor sekiranya dipilih untuk menerajui negeri ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Lima teras itu adalah Ekonomi Unggul dan Pendidikan Berkualiti Pemangkin Peluang Pekerjaan Berpendapatan Tinggi; […]

» Read more

Kerajaan Sasar Kadar Kemiskinan Luar Bandar Bawah 10 Peratus Tahun Depan- Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kerajaan menyasarkan kadar kemiskinan luar bandar dapat diturunkan ke paras bawah 10 peratus menjelang tahun hadapan. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata ketika ini kadar kemiskinan luar bandar berada pada paras 12 peratus berbanding 12.9 peratus sebelumnya. “Kita lihat sebanyak 130,000 ketua isi […]

» Read more

DUN Pertang Tak Asing Bagi Jalaluddin, Khidmat Bakti Jadi Sandaran

JELEBU, 31 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengakui pengalaman sebagai bekas ADUN di kawasan berkenaan dan Ahli Parlimen Jelebu memberi kelebihan kepada dirinya. Jelas beliau, rakyat di kawasan ini sememangnya mengenalinya berdasarkan khidmat bakti dan prestasi terbaik yang dilakukan. “Apabila bersama pengundi saya melihat penerimaan mereka seperti biasa […]

» Read more

Hayazi Tekad Rampas Kembali DUN Ayer Hitam

AYER HITAM, 31 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam, Hayazi Azizan yakin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini BN dapat merampas kembali kawasan ini. Jelasnya, perkara yang paling penting sekarang adalah menyusun gerak kerja dan jangan menganggapnya mudah walaupun BN berkolaborasi dengan Pakatan Harapan (PH). “Kita akan merampas kembali kerusi DUN Ayer Hitam […]

» Read more

Dr Zaki Mahu Perkasa Pertanian, Ternakan Ala Ladang ‘Farm Fresh’

CHUKAI, 31 Julai – Memperkasa industri pertanian dan ternakan ala ladang tenusu Farm Fresh menjadi fokus calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, Dr Mohd Zaki Salleh jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu, 12 Ogos ini. Mesra dengan panggilan Dr Zaki oleh masyarakat tempatan berikutan profesionnya yang merupakan seorang doktor perubatan, beliau terpanggil […]

» Read more

Ubah Kelantan, Demi Kemajuan Yang Ketinggalan Sejak Sekian Lama – Zahri

PASIR MAS, 31 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti, Zahri Omar mengajak rakyat Kelantan untuk ‘Ubah Kelantan’ bagi memajukan negeri tersebut yang sudah lama ketinggalan sejak pemerintahan Pas selama 33 tahun. Ketika ditemui UMNO Online, beliau turut memaklumkan bahawa proses berkempen dalam masa lebih kurang dua minggu ini telah dipersiapkan sebaiknya bagi mendekati […]

» Read more
1 660 661 662 663 664 2,037