BN, UMNO Tidak Kompromi Jika Ada Pihak Pecah Amanah, Salah Tadbir Tabung Haji – Ahmad Zahid

PUTRAJAYA, 6 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan UMNO tidak akan berkompromi jika mana-mana pihak didapati terlibat pecah amanah atau salah tadbir Lembaga Tabung Haji (TH), kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata jika benar terdapat individu atau kumpulan terlibat menyeleweng atau melakukan salah tadbir dalam organisasi kerajaan dan badan berkanun, […]

» Read more

Kesihatan Rakyat Johor Bukan ‘Wayang’, Kerajaan Persekutuan Perlu Bertindak Segera

JOHOR BAHRU, 6 Ogos – UMNO Negeri Johor menegaskan bahawa usaha memperjuangkan isu kesihatan rakyat di negeri ini bukanlah satu bentuk ‘wayang’ politik, sebaliknya lahir daripada rasa tanggungjawab untuk memastikan rakyat Johor terus menerima perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan efisien. Ketua Penerangan UMNO Negeri Johor, Md Israk Abdullah berkata, parti itu menyokong penuh pendirian Menteri Besar Johor berhubung isu Hospital […]

» Read more

Perak Sasar 50 Pingat Emas SUKMA, 25 Para SUKMA

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Kerajaan Negeri Perak meletakkan sasaran untuk membawa pulang 50 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dan 25 pingat emas bagi Para SUKMA. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sasaran tersebut dibuat berdasarkan pencapaian cemerlang kontinjen negeri itu pada SUKMA Sarawak dua tahun lalu apabila berjaya memenuhi sasaran 35 pingat emas […]

» Read more

Hasni Sambut Baik Usaha Gubal RUU Bidang Kuasa Admiralti 2026

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad menyambut baik langkah Kerajaan memulakan usaha menggubal Rang Undang-Undang (RUU) Bidang Kuasa Admiralti 2026 yang disifatkan sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh kerangka perundangan maritim negara. Beliau berkata, usaha yang diterajui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, membuktikan […]

» Read more

Mohamad Hasan Terima Kunjungan Hormat UNRC Baharu

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menerima kunjungan hormat daripada United Nations Resident Coordinator (UNRC) for Malaysia yang baharu, En. Nikolas Myint, di Wisma Putra, semalam. Pertemuan itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai kerjasama antara Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, Malaysia menghargai peranan PBB […]

» Read more

Program Semarak Maghrib Dan Isyak Perkasa Syiar Islam, Terjemah Komitmen Kerajaan Negeri Johor

JOHOR BAHRU, 6 Ogos – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuhkan agenda memperkasa syiar Islam menerusi pelaksanaan Program Semarak Maghrib dan Isyak yang akan diperluaskan ke seluruh pelusuk negeri sebagai usaha mengimarahkan masjid serta menyuburkan budaya solat berjemaah dalam kalangan umat Islam. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelaksanaan program tersebut mencerminkan iltizam berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan institusi […]

» Read more

Hormati Mandat Rakyat, Beri Ruang MB Negeri Sembilan Jalankan Tugas

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar menyeru semua pihak memberi ruang kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim untuk melaksanakan amanah mentadbir negeri tanpa dipengaruhi spekulasi politik. Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tampin berkata keutamaan ketika ini adalah memastikan pentadbiran negeri baharu dapat berjalan lancar demi kepentingan rakyat. “Rakyat sudah […]

» Read more

Akta Baharu MARA 2026 Perkukuh Tadbir Urus – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Rang Undang-Undang (RUU) bagi menggubal Akta Baharu Majlis Amanah Rakyat (MARA) 2026 telah mendapat kelulusan Majlis Jemaah Menteri dan dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen sebelum penghujung tahun ini. Pengerusi MARA yang juga Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, akta baharu itu memberi penekanan besar kepada aspek tadbir urus dengan kira-kira 80 peratus […]

» Read more

Johari Bincang Kerjasama Strategik Dengan EU-ABC

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menerima kunjungan hormat daripada delegasi Majlis Penasihat Perniagaan Kesatuan Eropah-ASEAN (EU-ABC) sempena Misi Perniagaan EU-ABC ke Malaysia 2026 bagi membincangkan usaha memperkukuh hubungan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi antara Malaysia serta Kesatuan Eropah (EU). Menurut beliau, pertemuan tersebut membuka ruang kepada […]

» Read more

Mohamed Khaled Mulakan Lawatan Rasmi Di Vietnam, Perkukuh Kerjasama Pertahanan

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memulakan lawatan rasmi dua hari di Vietnam hari ini bagi memperkukuh kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara. Beliau berkata lawatan itu merupakan kunjungan rasmi pertamanya ke Vietnam sejak dilantik sebagai Menteri Pertahanan. Mohamed Khaled yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, Hanoi, dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri […]

» Read more
1 50 51 52 53 54 2,520