Biodiesel B15 Langkah Strategik Kurangkan Diesel Petroleum – Noraini

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Pelaksanaan peningkatan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 mulai 1 Jun 2026 merupakan salah satu langkah kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada diesel petroleum melalui peningkatan penggunaan biodiesel berasaskan minyak sawit tempatan di samping memperkukuhkan keselamatan tenaga negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Ujarnya, dengan kedudukan Malaysia sebagai antara pengeluar […]

» Read more

Johor Terus Dominasi Industri Asas Tani Negara, Catat Jualan RM517 Juta

KOTA ISKANDAR, 5 Okt – Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor Md Israk Abdullah bersyukur Industri Asas Tani (IAT) Johor terus menunjukkan prestasi yang membanggakan apabila nilai jualan usahawan IAT bimbingan Jabatan Pertanian Negeri Johor mencecah RM517 juta pada tahun 2025, melibatkan hampir 1,800 usahawan berdaftar di seluruh negeri. Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri […]

» Read more

Mahasiswa Perlu Perkasa Ilmu Dan Kemahiran – Ahmad Maslan

SHAH ALAM, 5 Okt – Mahasiswa tidak perlu menunggu sehingga bergelar pemimpin untuk mula memainkan peranan sebagai pemimpin dalam masyarakat, sebaliknya perlu membina keupayaan diri sejak di bangku universiti. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, mahasiswa perlu membentuk naratif yang jelas, benar dan memberi manfaat kepada masyarakat, bukannya sekadar menjadi golongan yang lantang bersuara. “Mahasiswa tidak […]

» Read more

Isu RM314 Juta MYEG/Zetrix: Timbul Teka-teki… Kenapa Didiamkan Sebelum Ini?

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim mempersoalkan penjelasan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung isu tunggakan bayaran MYEG/Zetrix kepada kerajaan yang dilaporkan mencecah RM314 juta. Beliau berkata, jumlah berkenaan menimbulkan persoalan lebih besar apabila sebelum ini nilai tunggakan yang diperkatakan adalah sekitar RM200 juta, selain mempersoalkan mengapa tindakan hanya diambil selepas hampir enam […]

» Read more

Pendaftaran e-Konsular Belum Diwajibkan Untuk Rakyat Malaysia Di Luar Negara

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Kerajaan belum berhasrat mewajibkan pendaftaran sistem e-Konsular kepada rakyat Malaysia di luar negara buat masa ini, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Beliau berkata, pendaftaran menerusi platform digital kelolaan Kementerian Luar itu masih bersifat sukarela, namun rakyat Malaysia yang menetap, melancong atau belajar di luar negara amat digalakkan untuk mendaftar bagi memudahkan urusan pemantauan […]

» Read more

Jati Diri Melayu, Kekuatan Islam Teras Kelangsungan Negara

SHAH ALAM, 5 Okt – Pendidikan negara perlu terus diperkasakan menerusi inovasi kurikulum yang memenuhi tuntutan semasa dan keperluan industri, namun usaha melahirkan generasi berilmu tidak boleh sesekali mengorbankan jati diri, nilai keislaman serta identiti Melayu. Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, apa juga bidang yang diceburi oleh anak bangsa, kekuatan jati diri, keteguhan nilai […]

» Read more

Hak Undang Yang Empat Tidak Boleh Dipertikaikan – Pengkaji Adat Perpatih

KUALA PILAH, 5 Okt – Hak Undang Yang Empat dalam melantik dan menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tidak boleh dipertikaikan, kata Pengkaji Adat Perpatih dan Minangkabau, Drs Shamsuddin Ahmad. Ujarnya, yang membezakan pentadbiran adat di Negeri Sembilan dengan Adat Minangkabau ialah persempadanan adat mengikut luak (kawasan), bukannya daerah dan kawasan wakil rakyat. “Perbezaan Adat Perpatih dengan Adat Minangkabau adalah […]

» Read more

Ilmu Membentuk Akhlak, Adab Dan Jati Diri Mahasiswa – Dr Zambry

SHAH ALAM, 5 Okt- Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menzahirkan penghargaan kepada Yayasan Ilmuwan Islam Malaysia atas kejayaan menganjurkan majlis ilmu yang disifatkan amat bermakna dalam membentuk pemikiran, keperibadian dan jati diri mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, penganjuran program seumpama itu bukan sekadar medan perkongsian ilmu, malah wajar […]

» Read more

Agong Perkenan Tujuh Akta Diluluskan Pada Sidang Parlimen Lepas

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenankan tujuh akta diluluskan dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 22 Jun hingga 16 Julai lalu. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ramli Mohd. Nor berkata, akta berkenaan termasuk Akta Sistem Insurans Pekerjaan (Pindaan) 2026 dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (Pindaan) 2026. Turut […]

» Read more

UiTM Titik Mula Gerakkan Agenda Malaysia Biru

SHAH ALAM, 5 Okt – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) supaya memegang tiga amanah utama sebagai bekalan membentuk generasi berilmu, berkemahiran dan mampu memimpin perubahan negara. Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, amanah pertama ialah memerdekakan akal dengan membina pendirian berasaskan ilmu dan bukti, selain tidak mudah […]

» Read more
1 … 42 43 44 45 46 … 2,516