Kepelbagaian Medium Amat Penting Tarik Sokongan Rakyat – Fadzli

JERANTUT, 19 Mei – Ketua Penerangan UMNO Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata peranan ahli parti pelbagai peringkat amat penting dalam usaha memastikan parti bukan sahaja mendapat kepercayaan masyarakat malah memastikan parti bangkit daripada kekecewaan lalu. Mengimbau bagaimana kemerosotan UMNO pada Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini, beliau seterusnya menambah perkembangan itu menuntuk kesedaran serta keinsafan di dalam diri setiap ahli […]

» Read more

KKDW Terima RM871.24 Juta Bagi Sarawak Pada Tahun Ini

SARIKEI, 19 Mei – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah telah menerima peruntukan berjumlah RM871.24 juta bagi Sarawak pada 2024, iaitu peningkatan sebanyak RM16.14 juta (1.85 peratus) berbanding tahun 2023 dan merupakan peruntukan kedua yang tertinggi selepas Sabah. Peruntukan itu melibatkan 287 program atau projek, yang terdiri daripada 70 program atau projek baharu dan 217 program atau projek sambungan, dengan kos keseluruhan […]

» Read more

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor Kutuk Sebarang Bentuk Keganasan

ISKANDAR PUTERI, 19 Mei – Kerajaan Johor mengutuk sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan ekstremis yang berlaku di negeri ini sehingga mengakibatkan kematian dua anggota polis dan seorang lagi cedera, Jumaat lepas. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi turut merakamkan rasa dukacita atas insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru itu dan meminta ahli Dewan supaya bertafakur selama seminit sebagai […]

» Read more

Kekuatan Parti Secara Berjemaah, Kerjasama Berpasukan Kunci Kekuatan – Dr Asyraf

JERANTUT, 19 Mei – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kekuatan parti terletak kepada jemaah dan bukannya bergantung kepada individu. Menurut beliau kerjasama berpasukan adalah kunci kepada segala-galanya dan itulah yang perlu ada dalam setiap ahli parti. “Kekuatan UMNO bukan kekuatan individu. Kekuatan UMNO adalah kekuatan jamaah dan kalau kita pertahankan institusi dan kita bekerja sebagai satu […]

» Read more

Patahkan Persepsi… Masa Untuk ‘Ofensif’, Bukan ‘Defensif’ – Wan Rosdy

JERANTUT, 19 Mei – Sekarang adalah masa untuk ‘ofensif’ dan bukannya ‘defensif’ dalam usaha memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak dihujani dengan pelbagai persepsi yang akhirnya merugikan parti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata persepsi serta fitnah tidak membantu masyarakat serta negeri kerana akhirnya yang rugi adalah masyarakat setempat. “Kita kadangkala kalah dengan […]

» Read more

Kesetiaan Dalam Parti Penting, Cari Titik Persamaan Bukannya Perbezaan – Ahmad Zahid

JERANTUT, 18 Mei – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesetiaan dalam parti cukup penting dan dalam apa jua keadaan ia menuntut kepada hakikat tersebut agar parti terus kukuh. Ahmad Zahid seterusnya menegaskan parti tidak akan kuat jika tiada kesetiaan sebaliknya akan terus lemah kerana dikhianati daripada dalam. “Jangan ada khianat daripada dalam. Bila kuat tetapi ada […]

» Read more

Jangan Main Politik… Rakyat Sabah Perlukan Pembelaan – Sharif Musa

LAHAD DATU, 18 Mei – Mana-mana wakil rakyat perlu memahami tanggungjawab dan melaksanakan amanah yang telah dimandatkan oleh rakyat dan jangan bermain politik. Demikian tegas Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul berikutan ramai rakyat Sabah khususnya di kawasan luar bandar yang masih tidak terbela. Dalam hal ini beliau menggesa mana-mana pihak yang mendukung Kerajaan Perpaduan memahami aspirasi […]

» Read more

Jerantut Lokasi Pertama Siri Jelajah Penerangan UMNO Malaysia

JERANTUT, 18 Mei – UMNO Bahagian Jerantut hari ini menjadi lokasi pertama siri Jelajah Penerangan UMNO Malaysia ke akar umbi dengan penglibatan yang amat membanggakan daripada pimpinan serta ahli bahagian tersebut. Bermula pada awal pagi, ahli pelbagai peringkat serta cawangan bahagian berkenaan diberikan penerangan oleh pimpinan pusat termasuklah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang kemudiannya disusuli kata-kata […]

» Read more

Bung Sanggah Dakwaan JKDM Sebagai Strategi Pecah Dan Perintah

KOTA KINABALU, 18 Mei – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menepis dakwaan bahawa pelantikan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) diwujudkan sebagai strategi UMNO untuk ‘pecah dan perintah’ rakyat di negeri ini. Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag itu menjelaskan bahawa JKDM diwujudkan adalah untuk menyelaras program memperkasakan ekonomi dan keusahawanan penduduk kampung dengan matlamat membantu mengurangkan […]

» Read more

Malaysia Antara Negara Paling Aman, Namun Jangan Ambil Mudah – Ahmad Zahid

JERANTUT, 18 Mei – Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata sehubungan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu berusaha keras menghalang kejadian mengejutkan itu daripada berulang. […]

» Read more
1 415 416 417 418 419 2,038