MINDEF Yakin Lima LCS Siap Dibina Mengikut Jadual

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Kementerian Pertahanan (MINDEF) menaruh keyakinan bahawa projek pembinaan lima buah Kapal Tempur Pesisir (LCS) dapat diserahkan kepada pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia mengikut tempoh masa yang telah dirancangkan secara berperingkat mulai Ogos 2026. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana pencapaian ini telah terbukti pada 23 Mei 2024 lalu apabila LCS pertama telah […]

» Read more

PRK Sungai Bakap: Fokus Tingkat Undi Anak Muda – Rokiman Shah

NIBONG TEBAL, 24 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal sedang giat memberi fokus untuk meningkatkan jumlah undi anak muda sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bakal berlangsung pada 6 Julai ini. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Rokiman Shah Haron berkata, memilih calon yang sealiran dengan kerajaan negeri mahupun persekutuan […]

» Read more

Malaysia Konsisten Pendekatan Penyelesaian Dua Negara Dalam Konflik Palestin-Israel

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Malaysia menyokong penuh perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan negara yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pelbagai cara dan usaha telah dilakukan di pelbagai peringkat untuk mencari jalan penyelesaian terhadap konflik di Palestin dan usaha yang paling diterima oleh semua […]

» Read more

UMNO Putatan Kemuka Usul Sokong Penuh Bung Moktar Kekal Ketua UMNO Sabah

KOTA KINABALU, 24 Jun – UMNO Bahagian Putatan mengemukakan usul sekali gus memberikan sokongan penuh kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dikekalkan sebagai Ketua UMNO Negeri Sabah. Ketuanya, Jeffrey Nor Mohamed berkata, sokongan ini perlu diteruskan memandangkan Bung Moktar merupakan seorang nahkoda yang kekal setia ketika UMNO Sabah dilanda krisis pada 2018. Katanya, ketika itu UMNO Sabah […]

» Read more

Blackrock & Tanggungjawab UMNO

SEMALAM YB Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Tok Mat Hassan telah mengesahkan menteri-menteri UMNO telah menyatakan pandangan dan diminta agar urus niaga berkaitan Blackrock tidak diteruskan atas semangat solidariti bersama perjuangan rakyat dan bumi Palestin. Tanggungjawab UMNO terlaksana walaupun agak mustahil untuk Kerajaan Madani membatalkan urusan transaksi urus niaga yang diuruskan oleh Khazanah Malaysia dalam penjualan saham MAHB baru-baru ini. […]

» Read more

Jangan Sombong Dan Angkuh, UMNO Perlu Rapatkan Diri Dengan Rakyat – Dr Akmal

JASIN, 24 Jun – Ketua UMNO Bahagian Jasin, Dr Muhamad Akmal Saleh menasihati ahli parti agar jangan bersikap sombong kepada masyarakat sekiranya hendak mengekalkan kerusi yang dimenangi lalu. Ini kerana katanya, ahli parti perlu sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat dan bukannya hanya semasa berkempen untuk pilihan raya. “Jangan sombong dan angkuh dengan jawatan. Rapatkan diri kita pada rakyat, mereka mahukan […]

» Read more

Tuntutan Sulu, Isu ‘Dark Side’, Projek LCS Tumpuan Hari Pertama Sidang Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Perkembangan kes tuntutan kumpulan Sulu, budaya ‘dark side’ atau pelacuran dalam talian dan status terkini pembinaan kapal tempur Littoral Combatant Ship (LCS) kedua adalah antara tumpuan hari pertama Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen ke-15, hari ini. Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat di portal Parlimen, soalan-soalan berkenaan akan diajukan pada sesi Soal Jawab Lisan persidangan Dewan Rakyat. […]

» Read more

Fokus Gerak Kerja, Berkhidmat Untuk Semua – Mohamad Alamin

KIMANIS, 23 Jun – Ketua UMNO bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin berkata seluruh jentera parti perlu fokus kepada gerak kerja masing-masing dalam usaha memastikan UMNO terus utuh. Menurut beliau gerak kerja bersepadu pelbagai peringkat amat penting dalam usaha memastikan khidmat parti kepada rakyat berterusan. “Insya-Allah… platform yang ada kita gunakan untuk membantu rakyat bukan sahaja di Kimanis malah untuk Sabah. […]

» Read more

Segala Titik Bengik Perlu Dikuburkan Dan Suburkan Persamaan – Mustapha Nagoor

JEMPOL, 23 Jun – Ketua UMNO Bahagian Jempol, Mustapha Nagoor berkata Jempol mempunyai potensi untuk mempertahankan semua kerusi UMNO di Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun satu DUN kalah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu. Jelas beliau, ini kerana UMNO Bahagian Jempol berpegang pada prinsip solidariti sebagai asas bagi mengekalkan kestabilan serta mengelakkan perpecahan dalam parti. “Solidariti UMNO […]

» Read more

Ahmad Zahid Ingatkan UMNO Sabah Untuk Fokus Bina Kekuatan Parti

  KIMANIS, 23 Jun – Pemimpin UMNO khususnya di Sabah perlu beri fokus untuk membina kekuatan parti terlebih dahulu, sebelum mengadakan rundingan bagi membentuk kerjasama politik dengan parti lain, demikian peringatan diberikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri itu berkata prinsip tersebut perlu dipegang, bagi memperkukuhkan UMNO Sabah di semua peringkat dalam menghadapi Pilihan Raya […]

» Read more
1 385 386 387 388 389 2,037