Malaysia Perkukuh Kerjasama Dengan China Perangi Penipuan Siber

BEIJING, 13 Okt – Malaysia berhasrat untuk terus memperkukuh kerjasama dengan China bagi memerangi penipuan siber, memperkasakan siasatan rentas sempadan serta mendapatkan semula aset yang dicuri melalui aktiviti haram itu. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hasrat itu adalah selaras dengan usaha kedua-dua negara menangani jenayah rentas negara. Beliau berkata kerjasama dua hala yang lebih erat […]

» Read more

Malaysia Desak Sekat Penyalahgunaan Kuasa Veto PBB

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Malaysia mahu penstrukturan semula Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilaksanakan bagi menyekat penyalahgunaan kuasa veto, khususnya dalam perkara membabitkan Palestin, jenayah kemanusiaan dan pelanggaran undang-undang antarabangsa. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, penambahan anggota tetap atau tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB tidak akan membawa perubahan bermakna sekiranya kuasa veto masih boleh […]

» Read more

Perubahan Luruan Angin Dijangka Bantu Kurangkan Jerebu – Ahmad Zahid

BEIJING, 13 Okt – Perubahan luruan angin ke arah Lautan Hindi yang dijangka berlaku dalam tempoh dua minggu akan datang diharap dapat membantu mengurangkan kesan jerebu rentas sempadan di Semenanjung dan Sarawak. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata jangkaan perubahan luruan angin itu dimaklumkan oleh ketua pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). “Selain usaha kemanusiaan yang berterusan, […]

» Read more

RSN Rayer Jangan Hanya Lantang Isu Zahid, Kenapa Diam Isu Terowong?

SUBANG, 13 Okt – UMNO Bahagian Subang mempersoalkan sikap Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer yang didakwa lantang membangkitkan isu membabitkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tetapi pada masa sama mempersoalkan mengapa isu Terowong Pulau Pinang tidak diberikan perhatian yang sama. Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Dr. Armand Azha Abu Hanifah berkata, RSN Rayer sebagai seorang peguam dan […]

» Read more

Negeri Sembilan Komited Rancang Pembangunan Negeri Mampan

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk merancang pembangunan negeri secara menyeluruh dan mampan, kata Menteri Besarnya, Datuk Ismail Lasim. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ismail memaklumkan beliau telah menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin. “Pada Isnin saya menghadiri Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) ke-51 […]

» Read more

Jerebu: Wan Rosdy Seru Rakyat Pahang Berwaspada

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat Pahang untuk sentiasa berwaspada ketika musim jerebu ini. Menerusi satu kenyataan, beliau mengambil maklum mengenai penutupan sementara institusi pendidikan di daerah Rompin dan Kuantan mulai 13 Oktober 2026 susulan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang tinggi. “Saya mengambil maklum keputusan Jabatan Pendidikan Negeri Pahang […]

» Read more

UMNO Tegas, Kebebasan Pendakwaan Tidak Boleh Dikompromi

KAUAL LUMPUR, 13 Okt – UMNO Malaysia menegaskan bahawa kebebasan pendakwaan, akauntabiliti institusi dan kesamarataan di sisi undang-undang mesti dipertahankan tanpa dipengaruhi tekanan politik atau kepentingan mana-mana pihak. Ketua Penerangannya, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata prinsip kedaulatan undang-undang perlu dipertahankan secara konsisten tanpa mengira kedudukan politik atau identiti individu yang terlibat. Menurut beliau yang juga Menteri Undang-undang dan Reformasi […]

» Read more

10 Persoalan Di Sebalik Desakan Dap Mendakwa Semula Ahmad Zahid Hamidi

1. Kuasa pendakwaan terletak pada Peguam Negara. Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan memberikan Peguam Negara budi bicara untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan sesuatu pendakwaan. Mana-mana pihak politik boleh mempersoalkan keputusan tersebut, tetapi tidak mempunyai kuasa mengarahkan pertuduhan dikemukakan semula. 2. PMX sendiri pernah menegaskan kebebasan Peguam Negara. PMX telah menjelaskan bahawa keputusan memohon DNAA dibuat oleh Peguam Negara secara bebas berdasarkan […]

» Read more

Isu Ritual Agama Lain: Perlunya Pemerkasaan Pendidikan Akidah Nasional

KUALA LUMPUR, 13 Okt – JABHAH Ilmuwan Muda Malaysia menggesa pemerkasaan pendidikan akidah secara lebih menyeluruh di peringkat nasional susulan isu tular membabitkan seorang pemuda Muslim yang didakwa menyertai ritual keagamaan Hindu. Pengerusinya, Mohamad Anas Mohamad Naem, berkata isu berkenaan perlu dilihat secara lebih luas, bukan sekadar dari sudut hukum, tetapi turut merangkumi kefahaman akidah, pengaruh digital dan pencarian spiritualiti […]

» Read more

Ahmad Zahid Tiba Di Beijing Untuk Lawatan Kerja Lima Hari Ke China

BELING, 13 Okt – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di sini bagi memulakan lawatan kerja lima hari ke China, dengan tumpuan memperkukuh kerjasama dua hala dalam bidang perdagangan, pelaburan, teknologi serta pendidikan dan latihan teknikal dan Vokasional (TVET). Beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing pada 6.20 petang waktu tempatan dan disambut […]

» Read more
1 … 31 32 33 34 35 … 2,516