Mustapha Dekati Masyarakat Menerusi Ziarah Kasih Dan Program Pendidikan

JEMPOL, 10 Feb – Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong, Datuk Mustapha Nagoor meneruskan komitmen mendekati rakyat apabila berkesempatan menziarahi Abu Koming di Felda Serting Hilir 5 yang baru-baru ini terlibat dalam kemalangan di kawasan perkampungan Felda Serting Hilir Kompleks. Jelasnya, kunjungan Ziarah Kasih tersebut dilakukan sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral […]

» Read more

Hubungan Malaysia – India Bukan Baharu Sudah Terjalin Lama – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Kementerian Luar Negeri menegaskan hubungan Malaysia dan India bukannya perkara baharu dan telah lama berlaku. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata terutamanya hubungan diantara ‘people to people’ sudah lama berlaku sebelum hubungan diplomatik dua hala. “Hubungan diplomatik dua hala dibuat secara rasmi pada tahun 1957 lagi. Kedatangan Perdana Menteri India di Malaysia merupakan usaha untuk […]

» Read more

Bekalan Air Johor Terjejas Akibat Cuaca Kering, Kerajaan Negeri Laksana Pelbagai Inisiatif Segera

JOHOR BAHRU, 10 Feb – Kerajaan Negeri Johor sedang menggerakkan pelbagai langkah kecemasan bagi menangani gangguan bekalan air susulan fenomena cuaca kering berpanjangan yang menyebabkan paras Sungai Benut berada pada tahap minimum serta Empangan Machap jatuh di bawah paras operasi selamat. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata keadaan itu menjejaskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam yang […]

» Read more

Mohd Ismail Angkat Sumpah ADUN Lamag

KOTA KINABALU, 10 Feb – Mohd Ismail Ayob yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag mengangkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah hari ini. Mohd Ismail, 44, yang memenangi kerusi DUN Lamog pada 24 Jan lepas mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M Yahya. Pada PRK berkenaan, Mohd Ismail yang mewakili […]

» Read more

WDS: MINDEF Akan Terus Sokong Usaha Perkasa Syarikat Tempatan – Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Kementerian Pertahanan (MINDEF) akan terus menyokong usaha untuk memperkasa syarikat tempatan agar lebih berupaya dan berdaya saing, kata Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia memaklumkan bahawa beliau telah meninjau reruai syarikat pertahanan Malaysia sempena World Defense Show (WDS) 2026 di Riyadh. “Sempena […]

» Read more

Syarikat Milikan Agensi Perlu Bergerak Sebagai Entiti Berdaya Saing – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Sesi Permukiman Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) 2026 diteruskan dengan sesi khas bersama Syarikat Milikan Agensi yang menghimpunkan Pengerusi Agensi, Ketua Agensi, Ketua Jabatan, Ketua Pegawai Eksekutif serta barisan pengurusan syarikat di bawah KKDW bagi memperkukuh hala tuju syarikat sebagai pemacu ekonomi luar bandar. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika […]

» Read more

KPK Galak Pekebun Fokus Penghasilan Lada Premium – Noraini

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan kementerian sentiasa prihatin terhadap cabaran dihadapi oleh para pekebun kecil lada, terutama kenaikan kos input pertanian yang menjejaskan pendapatan dan daya saing dalam pasaran. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata rentetan itu KPK melalui Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah melaksanakan beberapa inisiatif […]

» Read more

Malaysia–Sudan Perkukuh Hubungan Dua Hala Dalam Lawatan Kerja Menteri Luar Sudan

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan meraikan lawatan kerja rakan sejawatnya, TYT Mohieldin Salim Ahmed Ibrahim, Minister of Foreign Affairs and International Cooperation of the Republic of the Sudan ke Malaysia, semalam. Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak membincangkan hubungan dua hala Malaysia–Sudan serta perkembangan semasa di Sudan, termasuk harapan agar keamanan, kestabilan dan kesejahteraan rakyat negara itu […]

» Read more

KUSKOP Komited Perkasa Agenda Bumiputera Selaras RMK13

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Mohamad Alamin memaklumkan kerajaan sentiasa prihatin dan komited dalam usaha untuk memperkasa agenda pemerkasaan bumiputera. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata inisiatif yang dilaksanakan kementerian adalah selaras dengan hala tuju yang telah ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) serta Pelan Transformasi Ekonomi […]

» Read more

Ahmad Zahid Adakan Perjumpaan Khas Bersama UMNO Terengganu

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu sempena kunjungannya ke negeri itu, semalam. Menurut beliau, pertemuan tersebut memberi ruang untuk perbincangan menyeluruh termasuk mendapatkan perkembangan terkini serta berkongsi pandangan bagi memperkukuh perjuangan parti di Terengganu. “Kebetulan berada di Terengganu, saya […]

» Read more
1 267 268 269 270 271 2,525