Wanita, Pemuda Dan Puteri UMNO Sajikan Program Menarik Sepanjang PAU 2019

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 yang akan bermula pada 4 Dis depan, sayap-sayap parti turut tidak ketinggalan menyajikan pelbagai program bagi memeriahkan lagi suasana sepanjang perhimpunan berlangsung. Penolong Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar berkata pergerakan itu akan mengadakan pelbagai program antara lain program W.I.S.E yang akan membicarakan ekonomi rakyat selain pelancaran Sedekad Skuad […]

» Read more

Ahli Parlimen BN Berada Dalam Satu ‘Team’ Yang Padu – Annuar

KUALA LUMPUR, 26  Nov – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan semua Ahli Parlimen parti itu berada dalam satu pasukan yang padu dan banyak ‘rumors’ yang cuba dilemparkan ke atas mereka adalah tidak benar. Menurut beliau mereka sentiasa berhubung dan berasa sangat gembira kerana keseluruhan ahli parlimen UMNO memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada parti malahan tidak ada […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO  2019  Tumpu Tiga Fokus Utama – Annuar

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019 akan memberi penekanan kepada tiga perkara utama antara lain memfokuskan kepada hala tuju perjuangan parti dalam konteks landskap politik yang baru terutama sekali dengan adanya kerjasama Muafakat Nasional. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata pada masa yang sama PAU 2019 juga akan memfokuskan kepada proses merekayasa UMNO melalui satu […]

» Read more

Jual Aset Negara: Fahaman Neo-Liberal Meresap Masuk Dalam Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Fahaman neo-liberal sekarang sudah meresap masuk ke dalam kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), ujar Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad. Maka katanya, tidaklah memeranjatkan apabila aset-aset milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mula dijual oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai langkah menyusun semula struktur ekonomi […]

» Read more

Tender Terbuka, KSU ‘Dikambing Hitam’ Oleh Menteri PH – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa kesal ekoran tindakan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditukarkan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta-merta hasil daripada kesilapan menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub. Katanya, KSU ini menjadi mangsa akibat dari kelemahan menteri dalam mengendalikan […]

» Read more

62 Tahun Merdeka Masih Wujud Pihak Yang Jahil Identiti, Semangat Jalur Gemilang – Mohamad

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Adalah sangat mengecewakan setelah lebih 62 tahun negara merdeka masih ada yang jahil mengenai identiti dan semangat sebenar di sebalik bendera Malaysia, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan. Mohamad juga mengingatkan bahawa bulan sabit dan bintang pada bendera Malaysia melambangkan kedudukan agama Islam di negara ini manakala 14 bucu dalam bintang mewakili 13 […]

» Read more

Makin Cacamarba, Kerajaan PH Tidak Mampu Saingi BN Yang Dulu Dikiritiknya

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah selama hampir dua tahun tidak sebaik kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan negara sedangkan dahulu mereka mengkritik pelbagai perkara. Katanya, hampir dua tahun pentadbiran kerajaan PH namun hari ini dapat dilihat lebih banyak pengurusan yang cacamarba dilakukan dengan menyumbang kepada ketidaktentuan […]

» Read more

Kemenangan PRK Empat Kali Berturut-turut Jadi Pemangkin Semangat Ke PAU 2019

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Kejayaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) empat kali berturut-turut termasuk yang terbaru di Tanjung Piai menjadi pemangkin semangat perjuangan ahli-ahli akar umbi ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2019, kata Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail. Bukan itu saja, katanya PAU 2019 yang akan berlangsung pada 4-7 Disember ini juga akan diwarnai […]

» Read more

Kenapa Tak Dakwa… Mana Maruah Latheefa Koya Dan SPRM?

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoalkan apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai Latheefa Koya takut mendakwa Zakaria Hamid iaitu bekas Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Baru Bian? Soal beliau lagi, kenapa pula SPRM hantar surat kepada PKR supaya parti itu yang ambil tindakan terhadap Zakaria Hamid? “Kenapa ini […]

» Read more

PH Kerajaan Zalim, Kelulusan Jualan Untuk Rakyat Ditarik Balik

KUALA LUMPUR, 25 Nov – “Kerajaan Pakatan Harapan (PH) zalim.” Itulah tegas Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang membidas tindakan kerajaan ekoran menarik balik kelulusan yang telah diberikan bagi program jualan barangan keperluan yang dijadualkan esok. Jelasnya, progam jualan bersama Ahli Parlimen Putrajaya yang dirancang pada Selasa di Padang Komuniti Presint 9, Putrajaya terpaksa di batalkan […]

» Read more
1 2,081 2,082 2,083 2,084 2,085 2,406