PRK Slim: Bacaan Doa Iringi Calon BN Ke Pusat Penamaan

TANJUNG MALIM, 15 Ogos – Bacaan doa dari para penyokong Barisan Nasional ( BN) mengiringi calonnya Mohd Zaidi Aziz sebelum ke pusat penamaan calon yang berlangsung di Dewan Gemilang, Majlis Daerah Tanjung Malim pagi ini.

Mohd Zaidi berkumpul bersama para penyokong BN di perkarangan Pejabat UMNO Bahagian sebelum bergerak ke pusat penamaan calon bersama pencadang serta penyokong.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria turut sama meriahkan suasana dalam normal baharu PRK yang diadakan dalam keadaan negara masih dilanda pandemik COVID-19.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak dan rakan komponen BN lain termasuk Muafakat Nasional turut bersama-sama dengan calon BN sebagai tanda sokongan sebelum bergerak ke pusat penamaan calon.

Sejurus selesai bacaan doa, hanya calon serta pencadang dan penyokong bergerak ke pusat penamaan. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.