Memalukan! Loceng Dewan Dibunyikan Korum Tidak Cukup

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Memalukan! Itu gambaran yang diberikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila loceng Parlimen terpaksa dibunyikan menandakan Ahli Parlimen tidak cukup bagi meneruskan persidangan. Jelas beliau, jumlah minimum yang diperlukan hanyalah 26 orang namun itu pun tidak mampu diikuti oleh Ahli Parlimen kerajaan. “Ini adalah sesuatu yang memalukan dan tidak patut berlaku. Bukan […]

» Read more

Cukai Digital Dikhuatiri Jadikan Malaysia Destinasi Kurang Menarik

ALOR SETAR, 17 Okt –  Rakyat secara umumnya menyambut baik keputusan kerajaan untuk menarik pemain-pemain industri digital sebagai alternatif memastikan negara mampu untuk muncul sebagai peneraju industri digital di rantau Asia Tenggara. Akan tetapi, bagi Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengenakan cukai digital dalam Belanjawan 2020 serta dalam masa yang sama mengharapkan pelabur baru […]

» Read more

Jangan Biarkan Agenda Liberal LGBT Semakin Rakus

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Pemuda UMNO Negeri Kelantan mengingatkan Ketua Juri Debat Piala Tun Razak, Mohd Aidil Ali dan Iyad Zakiy bahawa perkara yang melibatkan penghayatan Islam tidak boleh dilihat dari sudut logik akal seperti teori Hipotetikal mereka. Tegas Ketuanya, Noor Hariri Mohamed Noor, ini kerana agama Islam dipandu oleh wahyu Allah SWT dalam membentuk norma kehidupan kepada manusia. […]

» Read more

Graduan Biadap: Siapa Kit Siang Untuk Arah UM Tarik Balik Laporan Polis?

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata penglibatan ahli politik kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam isu kebiadapan graduan Wong Yan Ke yang menunjukkan protes di pentas konvokesyen adalah tidak masuk akal dan dilihat tidak menghormati keputusan universiti. Bidasnya, Penasihat Dap, Lim Kit Siang adalah ahli politik yang gemar campur tangan […]

» Read more

Bubar Saja Parlimen Jika Peralihan Kuasa Tak Berjalan Lancar – Ahmad

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan paling mudah bubar saja Parlimen sekiranya peralihan kuasa tidak berjalan lancar. Katanya, sekiranya peralihan kuasa yang dijangka bakal berlaku pada Mei 2020 daripada Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berjalan lancar maka tidak mustahil isu kerajaan baru UMNO, PAS dan PKR tanpa Dap […]

» Read more

Belanjawan 2020 Untuk Kapitalis, Bukti PH Tak Mesra Rakyat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Belanjawan 2020 telah dibentangkan Jumaat lalu oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang merupakan tahun kedua kepada Pakatan Harapan (PH) dalam melaksanakan pentadbiran, namun malangnya ia tidak memberi kesan apa-apa. Hal tersebut diakui oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub yang menganggap bajet PH tidak ada apa yang ‘wow’ malah sangat mengecewakan. “Sebenarnya ini […]

» Read more

Pemimpin PH Patut Tumpu Isu Rakyat, Bukan Hentam Kerajaan Lalu

KUALA LUMPUR 17 Okt – Ahli Parlimen Gerik, Datuk Hasbullah Osman membidas Ahli-ahli Parlimen kerajaan yang masih terus menyalahkan kerajaan lalu sedangkan Pakatan Harapan (PH) sudah lebih setahun menjadi parti pemerintah. Sebagai contoh katanya, kesalahan 1MDB pun tidak dapat dibuktikan lagi oleh kerajaan hari ini namun mereka menjadikan ia bahan untuk menyalahkan kerajaan lalu dengan berpegang undang-undang rimba. “Sedangkan kes […]

» Read more

Isu Dewan Rakyat ‘Kosong’ … Ini Kata Ahli Parlimen BN

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Isu Dewan Rakyat ‘kosong’ seolah-olah tidak dipandang serius oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila pada sidang kali ini terutama pada sesi perbahasan Belanjawan 2020 kehadiran menteri dan timbalannya dipertikai, malah ianya turut mendapat teguran daripada Ahli Parlimen mereka sendiri apabila Hassan Abdul Karim bangun mencelah bertanyakan perkara terbabit. Ditemui luar Dewan, Ahli Parlimen Paya Besar […]

» Read more

Ganggu Ketika Berbahas, Noh Bidas Ahli Parlimen Jelutong Bodoh

KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar melemparkan perkataan ‘bodoh’ kepada Ahli Parlimen Jelutong dek kerana berang dengan sikapnya yang mengganggu perbahasan beliau membahas Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 (Belanjawan 2020) hari ini. Noh yang mempertikaikan tindakan kerajaan menurunkan harga rumah untuk warga asing daripada RM1 juta kepada RM600 ribu mengajukan persoalan adakah Dap menerima […]

» Read more

Dakwaan Fitnah Dalam Perbahasan: Ismail Sabri Gesa Guan Eng Tarik Balik

  KUALA LUMPUR, 16 Okt – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menggesa Menteri Kewangan, Lim Guan Eng agar menarik balik tuduhannya mengenai dakwaan bahawa perbahasannya mengenai Belanjawan 2020 memfitnah beliau. Ini kerana tegas Ahli Parlimen Bera itu, apa yang diutarakannya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2020 tidak pernah pun menyebut dalam tentang bajet untuk usahawan bumiputera berbanding […]

» Read more
1 1,712 1,713 1,714 1,715 1,716 2,057