Sidang Dewan Rakyat 18 Mei Ambil Kira Keselamatan Semua Pihak – Takiyuddin

KUALA LUMPUR, 25 April – Kerajaan mengambil kira keselamatan semua pihak yang terlibat dalam urusan persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan. Beliau berkata kerajaan membuat keputusan akan persidangan itu berdasarkan perkembangan semasa, khususnya dalam mengawal dan menamatkan ancaman wabak COVID-19 serta langkah segera dan penting bagi membantu […]

» Read more

Orang Ramai Dituntut Terus Patuh PKP Meskipun Fasa Seterusnya Dijangka Ada Kelonggaran

KUALA LUMPUR, 25 April – Walaupun kerajaan dijangka memberi sedikit kelonggaran dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat nanti, rakyat masih dituntut untuk mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan agar matlamat memutuskan rantaian COVID-19 tercapai. Tindakan kerajaan mewujudkan PKP dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ternyata memberi impak positif bagi mengekang penularan pandemik maut itu di negara ini terutamanya dalam […]

» Read more

Kerajaan Perlu Sedia Ruang Fiskal Mencukupi Untuk Dimanfaatkan – Khairy

KUALA LUMPUR, 24 April – Setiap kerajaan yang memerangi pandemik COVID-19 perlu menyediakan ruang fiskal yang mencukupi untuk dimanfaatkan dan tidak menggunakannya sepenuhnya dalam tempoh dua atau tiga bulan pertama, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin. “Setiap negara menghadapi cabaran dengan ruang fiskal, (oleh itu), kita tidak boleh mengatakan kita tidak mempunyai ruang fiskal lagi untuk dimanfaatkan tetapi […]

» Read more

Pelajar IPT Dibenar Pulang Bermula 27 April

PUTRAJAYA, 24 April – Pelajar Institusi pengajian Tinggi Awam dan Swasta termasuk Politeknik serta Kolej Komuniti yang masih berada di kampus akan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bermula 27 April ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan hari ini memutuskan waktu perjalanan yang dibenarkan adalah dari 9.00 malam […]

» Read more

Warga Asing : Implikasi Kesan Masa Panjang Lebih Memudaratkan Dari Kesan Masa Pendek – Dr Masliha

Kuala Lumpur, 24 April – Malaysia di zaman wabak COVID-19 tidak memerlukan penjajahan dari warga asing ke dalam negara kerana risiko menyebarkan virus COVID-19 sangat tinggi. Exco Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun berkata untuk rekod, kes-kes COVID-19 kebanyakannya berpunca dari kes yang pulang dari luar negara. “Contoh penyebar utama atau kita panggil index case seperti kes 26 yang baru […]

» Read more

Kempen Perangi COVID-19 Bersama E-Hailing – Zahidi

KUALA LUMPUR, 24 April – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan bekerjasama dengan beberapa aplikasi pembelian dalam talian yang juga bertindak sebagai barisan hadapan, untuk menjalankan kempen memberi penerangan dan kesedaran mengenai COVID-19 kepada masyarakat. Timbalan Menterinya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pihaknya kini bekerjasama dengan syarikat e-hailing Grab dan bakal meluaskan inisiatif itu dengan beberapa syarikat lain antaranya Lazada. […]

» Read more

Bantuan Tunai Beri Keutamaan Kepada Mereka Yang Tidak Terima Bantuan Kerajaan Pusat Atau Negeri

KUALA LUMPUR, 24 April – Bantuan tunai yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor akan memberi keutamaan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri. Menerusi facebook Makmur Johor, borang yang tular di media sosial bukanlah untuk edaran awam sebaliknya kerajaan Negeri Johor telah melantik wakil atau penyelaras sebagai pemudah cara mewakili Kerajaan Negeri […]

» Read more

Isu Etnik Rohingya : Jangan Bebankan Malaysia Dengan Tanggungjawab Global

KUALA LUMPUR, 24 April – Exco Pemuda UMNO Malaysia, Fairuz Edzuan Jamaludin melihat Isu pelarian etnik Rohingya ini sebenarnya telah pun menjadi agenda global yang telah dibincangkan banyak pihak dan isu ini juga telah acap kali dibincangkan di Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Parlimen. Menurut beliau perkara berkenaan menunjukkan keprihatinan Kerajaan terhadap isu ini dan kepada NGO yang kecam kerajaan […]

» Read more

Zahid Lihat Langkah Kerajaan Pahang Proaktif Hadapi Kesan COVID-19

KUALA LUMPUR, 23 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melihat inisiatif kerajaan negeri Pahang dalam usaha membantu rakyat negeri itu mendepani kesan wabak COVID-19 merupakan satu langkah baik dan tersusun. Menerusi Live FB zahidhamidi.fanpage, Hello Bersama Presiden UMNO Malaysia yang kali kedua, diadakan, beliau berkongsi pandangan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail […]

» Read more

DBKL, JKM Diarah Selesai Masalah Bekalan Makanan Di PKPD Pusat Bandar Utara- Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 23 April – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) diarah memastikan masalah agihan bekalan makanan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur selesai hari ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata aduan mengenai bekalan makanan tidak diperoleh mungkin timbul kerana orang ramai terlepas waktu agihan bekalan […]

» Read more
1 1,601 1,602 1,603 1,604 1,605 2,096