Bantuan Tunai Beri Keutamaan Kepada Mereka Yang Tidak Terima Bantuan Kerajaan Pusat Atau Negeri

KUALA LUMPUR, 24 April – Bantuan tunai yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri Johor akan memberi keutamaan kepada mereka yang tidak pernah menerima sebarang bentuk bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

Menerusi facebook Makmur Johor, borang yang tular di media sosial bukanlah untuk edaran awam sebaliknya kerajaan Negeri Johor telah melantik wakil atau penyelaras sebagai pemudah cara mewakili Kerajaan Negeri Johor untuk mengenal pasti golongan yang terjejas tetapi tidak mendapat apa-apa bantuan.

“Wakil atau penyelaras akan dilantik oleh pusat saluran (Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat ADUN dan Pejabat Daerah) dalam kalangan pemimpin masyarakat setempat,” katanya.

Kenyataan itu turut menyebut, penentuan kepada mereka yang layak menerima Bantuan Tunai Ihsan COVID-19 Johor tertakluk pada penilaian akhir oleh sistem e-IHSAN Johor di bawah kendalian Perbendaharaan Negeri Johor. – UMNO Online

Kenyataan penuh :

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.