Warga Asing : Implikasi Kesan Masa Panjang Lebih Memudaratkan Dari Kesan Masa Pendek – Dr Masliha

Kuala Lumpur, 24 April – Malaysia di zaman wabak COVID-19 tidak memerlukan penjajahan dari warga asing ke dalam negara kerana risiko menyebarkan virus COVID-19 sangat tinggi.

Exco Puteri UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun berkata untuk rekod, kes-kes COVID-19 kebanyakannya berpunca dari kes yang pulang dari luar negara.

“Contoh penyebar utama atau kita panggil index case seperti kes 26 yang baru pulang dari Shanghai,kes 136 yang baru pulang dari korea dan yang paling menyebabkan kematian terbanyak covid-19 adalah kes 1580 yang baru pulang dari Itali.semua ini adalah fakta.

“Jadi jelas tak…sebab itu Malaysia serius tentang soal keselamatan di mana-mana ‘Border Malaysia’ ni.so, Abg Lid (Khalid Samad) selepas ini kalau nak berkata-kata sila membaca yer.

“Jika border kita dicerobohi orang yang datang dari luar tidak tahu punca dari mana, dah tentu tiada rekod vaksin tiada rekod kesihatan..subhanaallah berapa banyak penyakit yang mungkin akan tersebar ke dalam negara kita ini? ini boleh melumpuhkan sistem kesihatan kita.tidakkah ‘abg lid’ mampu berfikir? serius saya tanya ni,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Sebelum ini Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menerusi ciapannya di twetter mengulas mengenai pelarian Rohingya yang tidak dibenarkan mendarat di negara ini.

Tegas Dr Masliha, implikasi kesan masa panjang lebih memudaratkan dari kesan masa pendek.

“Di Malaysia kini menurut kkm kes foreign workers juga turut menyumbang kepada kes-kes COVID-19 yang ada maka jika Malaysia secara terbuka menerima perlarian yang datang secara tiba-tiba ke negara kita ia akan lebih memberikan implikasi kesihatan yang sangat dahsyat kepada warga Malaysia.

“Tak mungkin kerajaan ini nak mengambil risiko sedemikian…dari mula kerajaan PN lebih mementingkan nyawa warga rakyat Malaysia dari segalanya.ingat PM -8 pernah beritahu dalam sidang akhbarnya walau satu nyawa pun yang melayang ia adalah korban yang sangat besar buat negara.

“Kita bersyukur Malaysia tidak lagi diperintah oleh mereka-mereka ini kerana dari mula ‘Abg Lid’ suka membuat polisi tidak memikirkan nyawa rakyat.saya harap ‘Abg Lid’ insaflah memberi saranan yang bukan-bukan dan mulalah berfikir sebagai seorang Ahli Parlimen. fikir matang dan bijak bukan bagi saranan yang boleh membahayakan nyawa rakyat malaysia lagi,” ujarnya.- UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.